Resipi Lemon Cake



Bahan-bahan :

1 1/2 cawan mentega / butter, suhu bilik
2 1/2 cawan gula castor
6 biji telur, suhu bilik
3 cawan tepung kek, diayak sebanyak 2 kali
1 cawan heavy whipping cream
1 sudu besar ekstrak vanilla
1 sudu teh ekstrak lemon

Cara Membuat :

Pukul mentega / butter dan gula sehingga kembang, selalunya lebih kurang 5 minit iaitu sehingga ianya bertukar warna menjadi putih.

Masukkan telur satu persatu dan pastikan setiap satu bercampur semuanya sebelum dimasukkan yang seterusnya.

Seterusnya mula masukkan Tepung dan Heavy Whipping Cream secara berselang seli sehingga bercampur semuanya. dan akhir sekali masukkan Ekstrak Vanilla dan Lemon, kacau hingga sebati.

Tuangkan adunan ke dalam loyang (kami guna saiz 8 inci).

Bakar pada suhu 180 selama 45 minit dan mula pusingkan kedudukan kek. Periksa pada minit ke 30.

Setelah kek kelihatan masak sempurna, keluarkan dan hidangkan atau simpan mengikut citarasa masing-masing.


Sumber



Related Posts:

  • Resipi Kuih Denderam Berikut adalah bahan-bahan serta cara pembuatan kuih denderam atau ada sesetengah tempat menamakannya sebagai "telinga keling" dan "peniram". Bahan-bahan : - 1 peket tepung beras (500grm) - 400gram gula merah - 230ml… Read More
  • Resipi Ais Krim Coklat Berkacang Bahan-bahan : - 500ml whipped dairy cream - 400ml susu cair full cream - 200g dark cooking chocolate, potong dadu - 50g dark cooking chocolate, cairkan - 150g gula pasir - 50 gram coklat - 4 biji kuning telur - 1/2 sudu t… Read More
  • Resipi Ayam Percik Kelantan Bahan-bahan : 1 ekor ayam – dipotong 4 bahagian Bahan Perapan : 3 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah 1 inci halia garam secukup rasa Bahan untuk kuah : 10 ulas bawang merah 4 tangkai cili kering 2 pek santan… Read More
  • Resipi dodol ekspres Resipi ini adalah untuk membuat dodol dalam kuantiti yang kecil dan untuk yang mempunyai periuk jenama Noxxa saja atau periuk yang mempunyai fungsi-fungsi yang sama. Bahan-bahan : 1 cawan tepung pulut 1 cawan tepung ber… Read More
  • Resipi Takoyaki Bahan-bahan : 1 cawan tepung gandum 1 sb tepung jagung 1 1/2 cawan air 2 biji telur Sedikit serbuk pati ayam Sedikit garam Cara penyediaan : campur semua bahan dan kacau sebati Bahan inti : Isi ayam, sotong, udang, s… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan