Peniaga / pembantu jualan Bazar Ramadhan Jalan Hang Tuah memenuhi surau hanya untuk tidur



Pada tahun 2015 ini, masih dianjurkan Bazar Ramadhan di Jalan Hang Tuah, Melaka.  Setelah beberapa isu timbul sebelum ini, dilihat bazar ini masih lagi mendapat sambuatan dari kalangan peniaga. Namun jumlahnya tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya.

Pada kali ini peniaga dari kalangan warga Kemboja dikatakan oleh sesetengah pihak mendominasi jumlah khemah di Bazar Ramadhan Jalan Hang Tuah. Sama ada mereka itu peniaga mahupun pembantu jualan.

Mereka ini kebiasaannya membuka khemah jualan pada lewat petang. Pada waktu pagi hingga petang, mereka kelihatan tidur bergelimpangan di dalam surau Plaza Usahawan (MARA) dan ada juga sebilangan di Arked Jalan Hang Tuah.  Mereka tidur dalam jangkamasa yang lama sehingga mengganggu pengunjung surau yang lain untuk menunaikn solat.

Mereka menggunakan semua sejadah sebagai alas tidur. Ada juga dikalangan mereka yang tidak berpuasa (yang dipercayai beragama Islam). Apabila ditegur oleh sesetengah pihak, ada kalangan mereka yang berkasar.


sebahagian kecil yang dipercayai warga Kemboja tidur di surau bangunan MARA

Related Posts:

  • Kisah Indra Putra dijadikan contoh oleh Pendakwah Indonesia Dikhabarkan seorang pendakwah dari Jakarta, Indonesia yang menggunakan nama "Fachriy Aboe Syazwiena", telah mengambil kisah yang baru-baru ini yang terjadi kepada pemain bola sepak kebangsaan di Malaysia yang segera meng… Read More
  • Proton Iswara mampu meredah banjir   PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gag… Read More
  • Belia China lawat Masjid Kampung Hulu Pada 8 November 2014 (Isnin), satu lawatan persatuan belia dari negara China telah berkunjung ke Masjid Kampung Hulu, Melaka.  Ia adalah sebagai timbal balik lawatan belia dari Malaysia ke negara "tembok besar" itu s… Read More
  • Kalendar Malaysia tahun 2015   Di atas adalah kalendar tahun 2015 untuk rujukkan dan perancangan awal sebelum tiba tahun baru nanti.   Berikut  di bawah, saya konsgikan info menarik berkaitan dengan kalendar : Perbezaan j… Read More
  • Rakaman TERBARU sejurus MH17 kemalangan Dari rakaman telefon mudah alih terkini yang diterbitkan di internet pada 16 November 2014, dikatakan menunjukkan bangkai pesawat penumpang Malaysia Airlines yang jatuh ditembak pada 17 Julai 2014, terbakar di sebuah la… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan