Resipi nasi ayam penyet

 


Untuk Ayam

Bahan-bahan:
1 ekor ayam  -potong 4 dan asingkan bahagian isi dengan yang bukan isi seperti kaki, kepak,leher, tulang dada untuk di buat sup
1 keping tempe -  dalam paket
4  keping tauhu
tepung beras  - anggaran untuk tabur padaayam,tempe dan tauhu goreng
ulam

Bahan kisar

1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis kasar
1 sudu teh jintan putih kasar
1 sudu teh lada putih
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam

Bahan kisar ini agak banyak dan nanti akan digunakan untuk memerap ayam, tempe, tauhu dan digunakan untuk membuat serdak

Cara Penyediaaan

1. Kisar bahan-bahandi atas bersama 1/2 cawan air, garam, gula dan bahan perasa/kiub ayam yangdihancurkan.
2. Kemudian perap bahan kisar bersama bahagian ayamyang telah di cuci dan di bersihkan.
3. Simpan dan perap ayam dalam peti sejuk beberapajam sebelum di goreng.
4. Untuk menggoreng ayam, taburkan sedikit tepungberas pada ayam yang telah perap tadi kemudian goreng ayam seperti biasa.
5. Untuk tauhu, potong dua melintang, kemudiangaulkan dengan lebihan rempah perapan ayam tadi, masa nak mengoreng taburkansedikit tepung beras dan lumur hingga rata. kemudian barulah di goreng sepertibiasa.
6. Untuk tempe, potong 4 dan belah dua melintang,kemudian gaulkan dgn lebihan rempah perapan ayam. Masa mengoreng boleh taburdengan sedikit tepung beras dan goreng seperti biasa.

Bahan Sup

Bahagian kaki, kepak,leher, tulang rusuk -  dipotong- potong

Untuk Tumisan

3 ulas bawang putih  - di tumbuk
3 ulas bawang merah -  di hiris
1 biji bawang besar saiz kecil - ditumbuk
1 inci halia - di ketuk kasar/ ditumbuk halus
1/2 sudu makan lada putih - ditumbuk
rempah 3 sekawan secukupnya  - kulit kayu manis, bunga lawang, buahpelaga
1 sudu makan rempah sup serbuk/ rempah bunjut
garam secukupnya
sedikit perasa/ kiub ayam – jika suka
air secukupnya untuk kuah
minyak untuk menumis
daun bawang/ daun sup

Cara membuatnya

1. Tumis rempah 3sekawan serta bahan2 hiris/tumbuk hingga wangi kemudian masukkan ayam, rempahbunjut dan air.
2. Masak hingga ayam empuk, masukkan garam dan kiub ayam, sesuaikan rasa,bolehlah di tutup api.

BahanB Serdak @ Kremes
150 gm tepung beras*
1 biji telur*
200 ml air rebusan ayam (bahan A)*-ganti dengan rempah
10 gm garam*
10 gm gula*
* Kesemua bahan digaul rata

CaranyaBuat Serdak

1.   Bancuh semua bahan tepung (bahan B).
2.  Salut ayam yang direbus tadi, tempe dan tauhu.
3. Panaskan minyak dan goreng semua bahan
   bersalut sehingga tepungkekuningan dan diangkat.
4.  Hidangkan ayam penyet bersama tempe,tauhu bersalut dan sambal.
* Lebihan tepung boleh dijadikan serdak/kremes
   (digoreng) untuk hidangan ayam penyet. Masukkan sesenduk kecil dan spread/tebar bancuhantepung delam minyak.
Cepat-cepat kacau dan goreng hinggakekuningan dan garing (cruncy).
Angkat dan toskan..buat sampai habis.

Untuk Sambal.
  • Sedikit minyak masak
  • 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika, angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato.Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuksehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8.  Rasa sambalyang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.*Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalampeti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Related Posts:

  • Resipi Ayam Masak Merah Bahan-bahan (untuk makan 5 orang) 1/2 ekor ayam atau 5 ketul peha ayam (terpulang) Garam dan kunyit 1/2 ulas bawang besar (dihiris bulat) 10 ulas bawang merah (dikisar) 2 ulas bawang putih (dikisar) 1 inci halia (dikisa… Read More
  • Resipi Kek Kukus Pelangi Kek Kukus Pelangi Bahan-bahan : 5 biji telur grade A - dari peti ais 200 gram gula kastor 220 gram tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 1 sudu besar ovalette 150 ml susu cair 1/2 sudu kecil garam 100 ml minyak jagun… Read More
  • Resipi Steamed Orange Cake Bahan-bahan: 10 biji telor (asingkan putih dengan kuning) 12 0z mentega 10 0z gula halus 9 0z tepung gandum 5 0z susu cair (boleh digantikan dengan 1 tin Nestle cream) 1 biji limau sunkist (kulitnya d… Read More
  • Resipi Lasagna SEJARAH LASAGNA Terdapat tiga teori tentang asal-usul lasagna. Dua daripadanya menyatakan bahawa ia adalah hidangan Yunani kuno. Teori utama ialah lasagna berasal dari Greek iaitu (Laganon) iaitu kunci kira-rata doh past… Read More
  • Resipi Apam Beras Bahan-bahan : -3 cawan tepung beras (360g) -1 cawan tepung gandum (120g) -2 cawan gula pasir (400g) -1 paket mauripan (11g) -2 cawan nasi -3 cawan air (700ml) -pewarna yang digemari -kelapa parut secukupnya d… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan