Safiq Rahim yang prihatin


Pemain pasukan Johor Darul Ta'zim, Safiq Rahim yang dinobatkan sebagai wira pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Terengganu sempat meluangkan sedikit masa beliau untuk melakukan lawatan sosial menziarahi pusara seorang peminat beliau di Parit Yaani, Batu Pahat pada 18 Oktober 2014 meskipun terikat dengan jadual latihan yang ketat. 

Safiq yang baru menerima cahaya mata beliau pada September lalu terpanggil melakukan lawatan tersebut setelah mendengar keluhan ahli keluarga peminat tersebut melalui laman sosial. 

Lawatan tersebut turut diiringi bersama Dr Rosli Abdul Jalil telah disambut dan diiringi oleh keluarga Allahyarham Mohammad Shafiq Bin Mon Sharif sebaik sahaja mereka tiba di sana. Arwah yang berusia 20 tahun, telah terlibat dalam kemalangan pada 7 Oktober dan amat meminati Safiq Rahim semenjak bermain dengan pasukan Selangor. 

 
 

Bagi mereka, sikap keprihatinan Safiq Rahim merupakan sifat yang terpuji dan memberi satu kesan mendalam buat para peminat pasukan Harimau Selatan. Sumbangan khas dari seluruh pemain pasukan turut disampaikan kepada keluarga Mohammad Shafiq.




Related Posts:

  • Terima kasih untuk blogger's & bloggie'sSalam sejahtera semua.., Saya ingin mengucapkan "berbakul-bakul" terima kasih atas komen dan teguran beberapa "blogger" dan "bloggie" pada saya sama ada berkenaan dengan artikel yang disiarkan mahupun berkenaan dengan "widge… Read More
  • Andainya aku punya waktu... Aku telah menyaksikan jasa yang ditinggalkan oleh arwah datuk aku sebelum dia meninggal dunia. Aku juga telah melihat tanda-tanda ahli syurga pada arwah nenek aku sebelum dan selepas dia meninggal dunia. Aku masih dapa… Read More
  • Kurang Ajar vs Kurang Asam..?Assalamualaikum, salam sejahtera... Selalunya apabila seseorang yang masih muda bertekak atau berselisih faham dengan yang lebih tua atau dalam ayat lain "lebih dahulu makan garam..",  dikatakan ; "aku lebih tua dari ka… Read More
  • Mahasiswi liar berjoget tiang - bukti kegawatan ekonomi & moral Adakah ini hasil kemerdekaan yang diraih selama ini? Surat khabar "Harian Seks" tanpa jemu menyiarkan berita-berita yang memalukan orang Melayu dengan gambar yang besar, tajuk yang gempak dan sentiasa  meletakkan beri… Read More
  • Islam dan cara hidupnya, ubat bagi permasalahan masyarakat ~Jika keperluan rakyat biasa "dihulukan", inilah yang terjadi ~Gambar diambil dari sumber internet Assalamualaikum... Inilah akibatnya jika sebuah negara Islam mengasingkan undang-undang Islam dari cara serta corak pent… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan