Pandangan Islam mengenai haiwan kucing

Kucing dan Islam

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.

Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.

Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.

Related Posts:

  • Ikan lumba-lumba dan kucing yang saling sayang menyayang   Kucing ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika.  Ia mungkin dijinakkan sekitar 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan u… Read More
  • Polis Ayam, menjaga keamanan? Dalam dunia manusia tugas menjaga keamanan (jagalah sangat....) digalas oleh pasukan keselamatan awam sepertu polis dan tentera.  Pasukan keselamatan ini terutamanya polis perlu jujur dan berkarisma dalam menyempurnak… Read More
  • Kucing yang berani melawan buaya   Kucing adalah salah satu haiwan bersifat "manja" kepada manusia yang melayan baik atau memberi makan kepadanya.  Rasulullah S.A.W menasihati umatnya untuk melayan kucing sebagai sebahagian daripada ahli keluar… Read More
  • Kasih sayang dalam dunia haiwan Kasih sayang dan cinta adalah "gerak perasaan" yang diberikan oleh Allah SWT kepada tiap makhluknya.  Haiwan memperolehinya tanpa ada akal dan panduan seperti manusia.  Tetapi adakalanya haiwan kelihatan lebih me… Read More
  • Kucing minta tolong dari manusia Kucing dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan dikatakan ia dijinakkan pada sekitar 3,500 t… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan