Masjid Kampung Keling Melaka


Masjid Kampung Keling di Jalan Tukang Emas adalah sebuah masjid lama yang letaknya di jalan yang sama dengan Tokong Hindu Sri Payyatha Viyanagar Moorthi dan Tokong Buddha Cheng Hoon.

Dibina di jalan yang digelar “Jalan Harmoni” kerana adanya 3 tempat ibadah berhampiran satu sama lain, masjid ini dibina dengan menggunakan kayu pada tahun 1748 oleh pedagang India Muslim. Ia kemudiannya dibina semula dengan batu pada tahun 1872 dan dibaikpulih oleh Jabatan Muzium pada tahun 1999 bagi memeliharanya sebagai warisan sejarah Melaka.

Masjid ini dianggap sebagai sebuah masjid bersejarah kerana ia dibina sewaktu era penjajahan Belanda dan menggunakan gabungan gaya Melayu, Cina dan India selain menggunakan hiasan dari Inggeris dan Portugis.

Gaya bumbungnya menyerupai sebuah pagoda, tetapi bumbung bertingkat ini dibuat agar mempunyai ruang udara agar masjid tetap sejuk semasa cuaca panas.

Di sebelah masjid terdapat kuburan lama yang dikatakan tempat bersemadinya kaum keluarga Munsyi Abdullah, iaitu Bapa Kesusasteraan Melayu.



Related Posts:

  • Maksud tersirat pada tarikh 1 April : kekejaman terhadap umat Islam!!! Sedekahkan pahala membaca Al Fatihah untuk umat Islam di Sepanyol yang mati dibunuh puak Kristian yang ganas dan zalim Apa yang berlaku pada April Fool dalam sejarah Islam sepatutnya membuka mata kita supaya menjadika… Read More
  • Sejarah Blogger - Blogspot Kisah Blogger (seperti yang diceritakan oleh salah seorang pemilik asal jenama "Blogger"). Sesetengah ayat saya tidak terjemahkannya kerana mungkin akan lari dari maksud asalnya. Kebanyakkan terjemahan dari Google Translat… Read More
  • Asal usul nama Kajang di Selangor Kajang ialah sebuah mukim dan bandar di daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Ia bersebelahan dengan mukim Semenyih, mukim Hulu Langat dan mukim Ampang. Ia terletak lebih kurang 14 batu di sebelah tenggara Kuala Lum… Read More
  • Madinah sebelum peristiwa hijrah Madinah atau nama penuhnya Madinah al-Munawwarah ialah salah sebuah kota yang terdapat di wilayah Hijaz, Arab Saudi. Madinah sekarang mempunyai populasi seramai 839,400 orang (1999). Madinah pada asalnya bernama Yathrib … Read More
  • Sejarah MAS (Malaysia Airlines System)   Malaysia Airlines System (Sistem Penerbangan Malaysia) ialah syarikat penerbangan Malaysia yang mempunyai lebih 100 destinasi di seluruh dunia. Syarikat ini juga menjalankan operasi penerbangan domestik dan char… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan