Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa dan cadangan pengubahsuaian

 

Salam sejahtera...

Zaman kini sudah menjadi kebiasaan melihatkan lelaki pandai memasak.  Kebiasaannya lelaki yang sudah biasa tinggal bersendirian atau jauh dari keluarga akan lebih berdikari dan memiliki kemahiran memasak berbanding dengan lelaki yang tinggal bersama keluarga kerana pasti soal makan minum mengharapkan sepenuhnya ibu yang sediakan.

Saya sangat suka memasak lebih-lebih lagi apabila di dapur mempunyai bahan-bahan masakan yang banyak atau mencukupi untuk dibuat sesuatu.  Kali ini saya berkongsikan satu resepi yang popular di kalangan rakyat Malaysia iaitu "Ikan Siakap 3 Rasa".  Resepinya seperti di bawah :


Penyediaan ikan:

  • 1 ekor Ikan Siakap 
  • Tepung jagung - untuk di lumur pada ikan
  • Serbuk Pasti Sedap Knoor
  • Minyak untuk menggoreng ikan
Penyediaan kuah:
  •  10 biji cili padi - potong kecik-kecik
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 3 biji bawang putih - ditumbuk sedikit
  • 1 inci halia - dihiris kecik
  • 1 biji tomato - potong dadu
  • Segenggam nenas - yang dipotong dadu
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Garam secukup rasa
  • Ajinomoto secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

Cara memasak :

Ikan dibersihkan dan ditoskan.

Lumurkan ikan dengan Serbuk pasti sedap knoor.Pastikan semua bahagian di lumur rata.

Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur ke dua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.

Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali.

Pastikan minyak betul-betul panas barulah di masukkan ikan tadi.

Goreng terendam ikan tersebut.

Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak dalam kuali yang lain.

Tumiskan cili padi, halia dan bawang putih.

Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan.

Kacau sebentar.

Masukkan bawang besar, tomato dan nenas.

Masukkan air sedikit.

Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.

Biarkan kuah mereneh seketika.

Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi

Selain ikan siakap, anda boleh mencuba bahan mentah seperti pada gambar di bawah :


Silap gaya bukan buaya yang jadi bahan, anda yang jadi bahan santapan buaya... :P

**lawak je, jangan buat betul-betul pula. Buaya haram dimakan sebab ia haiwan dua alam...



 *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* 


Related Posts:

  • Resepi Rojak Utara 3 Bebola Rojak ialah variasi makanan tradisi yang mungkin mengandungi buah-buahan, sayur-sayuran mentah, mee kuning, tauhu dan daging, yang dicampur dengan kuah. Makanan ini mudah ditemui di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Kali… Read More
  • Resepi apam polkadot gebu & comel Bahan-bahan : 1 sudu kecil ovelette 1 sudu esen vanilla 3 sudu teh baking powder - diayak sekali 3 biji telur sejuk yang disimpan dari peti ais 150 ml susu segar atau susu cair 220 gm gula halus 275 gm tepung … Read More
  • Resepi kuih Vadai Vadai atau (vada, wada, vade), disebut 'Wah-dei', merupakan sejenis makanan orang India selatan. Terdapat dua jenis Vadai iaitu Ulundu Vadai yang diperbuat dari dal dan kentang. Terdapat juga hirisan cili hijau, daun k… Read More
  • Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api "Torangkek" Ayam Masak Lemak Cili Api, sodap sampai torangkek... apo yang torengkek tu....?. Koninglah eakau ingat apo..? Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak lemak cili api (untuk 5 ke 6 ketul cincangan ayam) Air 1 cawan Gar… Read More
  • Resepi Puding Milo Oreo Bahan-bahan : 10gram serbuk agar2 750ml air 150g gula 1 tin susu cair (400ml) 3/4cawan milo (Tidak ada Milo, Oligo Coco atau yang seumpamanya bisa diganti) satu bungkus oreo (135g) - patahkan kepada dua bahagian atau le… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan