Berita Edisi Alternatif : Dana untuk tabung pendidikan anak syarikat Selangor

 

Kerajaan Selangor  menyediakan Tabung  Pendidikan untuk Anak-anak syarikat dan Badan-badan Berkanun Negeri Selangor, berjumlah RM10 juta.  Tabung berkenaan bertujuan untuk memberi biasiswa, dermasiswa dan sebarang bentuk bantuan kepada warga kerja anak syarikat kerajaan negeri dan anak mereka yang berkelayakan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Tabung Pendidikan Anak-anak Syarikat Negeri Selangor ini adalah salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) selaras dengan hasrat dan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor merakyatkan ekonomi dan menjadi sebuah negeri maju, sejahtera dan berkebajikan,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan.

Menurutnya, dana permulaan tabung ini disumbangkan  Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad/Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS).

“Tabung Pendidikan Anak-anak Syarikat Negeri Selangor ini berkuatkuasa pada November tahun lalu dan akan dirasmikan DYMM Sultan Selangor pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” kata beliau.



Asyik Rugi Main Saham? Klik sini!

Related Posts:

  • Aliran trafik dijangka sesak teruk bermula malam Khamis Aliran trafik di semua lebuh raya utama masih lancar dan terkawal setakat 12 tengah hari tadi (21 Jun 2017) namun dijangka meningkat petang nanti apabila warga kota beransur-ansur pulang ke kampung halaman masing-masing s… Read More
  • Maklumat terkini mangsa banjir di Melaka MAKLUMAT BANJIR 12.8.2017 Lokasi : 1. Daerah Melaka Tengah  Balai Raya Peringgit (Pusat Pemindahan) = 11 keluarga =  Lelaki Dewasa - 08 =  Perempuan dewasa – 08 = Warga Emas Lelaki – 02 = Warga Emas Pere… Read More
  • Gambar-gambar banjir di Muar Seperti yang telah dilaporkan oleh Malaysian Meteorological Department pada jam 8.52 pagi dan amaran yang dikemaskini pada pukul 4.15 petang, telah berlaku ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Kedah (… Read More
  • Pembunuhan di Sungai Udang, Melaka   Seorang peniaga kafeteria maut ditetak manakala isterinya parah dikelar penyamun yang memecah masuk di rumahnya di Taman Bukit Terendak, Sungai Udang, Melaka. Suspek yang dikenali oleh mangsa, dikatakan telah datan… Read More
  • Keadaan banjir sekitar Melaka Berikut adalah beberapa gambar yang merakamkan keadaan banjir yang telah berlaku du Negeri Melaka, akibat dari hujan berterusan sejak awal pagi 11 Ogos 2017 :       … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan