Destinasi Pelancongan : Kolam Air Panas Gadek, Alor Gajah Melaka


Assalamualaikum.....

Tempat pelancongan ini berdekatan dengan kampung saya iaitu Kampung Tanjung Rimau Dalam.  Masa zaman sekolah menengah dahulu sekitar tahun 1997-1999, kerap juga pergi bermandi-mandian di sini.

Air panas dari sumber asli ini memang ada khasiat yang tertentu seperti menghilangkan gatal-gatal kulit, sengal-sengal tulang dan menyegarkan tubuh badan.  Kini Kolam Air Panas Gadek sudah mengalami transformasi yang menarik dengan beberapa pengubahsuaian yang cantik dan difikirkan ia dapat menjadi tarikan pelancong untuk singgah.


Segala kemudahan asas disediakan dan paling penting ada surau yang berdekatan dengan tapak letak kenderaan. Ia juga berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Ganun, kawasan kampung dan kawasan perumahan.

Kolam Air Panas Gadek terletak 25 km dari Bandar Melaka menerusi laluan ke Tampin,  berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Ganun merupakan kebanggaan penduduk Alor Gajah kerana kawasannya begitu istimewa dengan wujudnya sebuah kolam air panas yang sentiasa panas dan dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kulit.  Kawasan ini telah diberi wajah baru yang turut dilengkapi dengan kemudahan seperti restoran, bilik mandi, bilik persalinan pakaian dan tandas.

Kolam Air Panas Gadek boleh dilawati dengan mudah jika anda berkunjung ke A-Famosa Resort , Melaka Premium Outlet atau dalam perjalanan ke Pekan Tampin atau Pekan Alor Gajah. Jaraknya dari A-Famosa resort adalah kira kira 10 minit perjalanan memandu, manakala dari bandaraya Melaka adalah kira kira 30 kilometer.

Bayaran masuk -
  • Dewasa  : RM 5.00
  • Kanak-kanak : RM 3.00
Waktu Operasi -
  • Setiap Hari : 24 jam
 
 
Ringkasan sejarah -

Kewujudan kolam air itu dikatakan mula diketahui ramai apabila penduduk Kampung Gadek "menyiasatnya" selepas mendapati ramai pegawai dan anggota tentera British tinggal di kawasan berhampiran kolam tersebut. Keadaan ini membuatkan penduduk kampung tertanya-tanya akan keistimewaannya apatah lagi terdengar desas-desus bahawa ia dijadikan sebagai tempat tentera British merawat penyakit.

Selepas Tanah Melayu bebas dari penjajah, penduduk kampung mendapati kawasan tersebut mempunyai khazanah alam semula jadi iaitu sumber air panas yang asli dari dalam tanah yang dikatakan ada laluan "mata air" yang "terkena" lintasan lahar gunung berapi yang berdekatan dengan perairan Malaysia.

Related Posts:

  • Sambutan Ambang Tahun Baru 2016 Bagi anda yang berada di Melaka sama ada yang sememangnya menetap di Melaka ataupun pelancong yang masih bercuti di Melaka, untuk datang singgah di Dataran Pahlawan, Banda Hilir bermula pada jam 10.00pagi (31 Disember 20… Read More
  • Destinasi Pelancongan : Kolam Air Panas Gadek, Alor Gajah Melaka Assalamualaikum..... Tempat pelancongan ini berdekatan dengan kampung saya iaitu Kampung Tanjung Rimau Dalam.  Masa zaman sekolah menengah dahulu sekitar tahun 1997-1999, kerap juga pergi bermandi-mandian di sini. … Read More
  • Lokasi yang best di Cameron Highland, Pahang Berikut adalah Sepuluh Tempat Menarik di Cameron Highland yang mungkin ada antara kita yang tidak tahu atau terlupa.  Maka senarai ini boleh menjadi salah satu cadangan untuk mereka yang mencari-cari lokasi untuk mel… Read More
  • Destinasi Pelancongan : Tanjung Rhu, Langkawi Tanjung Rhu merupakan sebuah tanjung dan sebahagiannya pantai yang landai dan indah di timur laut pulau Langkawi, Kedah , Malaysia. Tanjung Rhu menawarkan pakej pelancongan yang cantik dan menarik bagi mereka yang suka… Read More
  • Korea Utara : bukan semuanya best mengenai Korea Sebut sahaja Korea Selatan, pasti sebahagian anak muda di Malaysia akan terkinja dan menggelinjang seperti ulat sagu lantaran populariti artis negara berkenaan. Ada juga yang mengidam untuk melancong dan bercita-cita mela… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan