Keputusan bola sepak Liga Super Singapore Lions XII - Selangor [20 Mac 2012]

 
Stadium Jalan Besar, Singapura

KEPUTUSAN AKHIR 

Singapore Lions XII  1  -  1  Selangor FA

Pasukan Singapore Lions XII terpaksa berpuas hati mengutip satu mata selepas diikat 1-1 oleh Selangor pada perlawanan tunggal Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura.  Keputusan itu membolehkan skuad V. Sundramoorthy yang sebelum ini menduduki tangga ketiga liga untuk merampas sementara tangga kedua daripada Terengganu dengan mengumpul 21 mata selepas 11 perlawanan.

Selangor turut naik satu anak tangga ke kedudukan kelima liga selepas berkongsi 16 mata dengan Perak tetapi dibezakan oleh jumlah jaringan. Pada perlawanan tersebut, Lions XII terlebih dahulu membuka jaringan
menerusi tandukan Sufian Anuar pada minit ke-62 selepas menerima hantaran silang daripada Safirul Sulaiman untuk menewaskan G.Jeevananthan di gawang Selangor.

Tersentak dengan jaringan tersebut, skuad gergasi Merah kembali menyusun strategi permainan dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-81 menerusi sepakan percuma oleh penyerang
import dari Croatia Bosko Balaban. Kedudukan tersebut kekal sehingga tiupan wisel terakhir permainan oleh pengadil Shokri Nor.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan