Pengertian doa semasa duduk antara dua sujud dalam solat
By Admin at 12:40:00 am
Islam
Dalam tidak sedar, setiap hari kita banyak meminta (doa) di dalam duduk antara dua sujud dalam solat kita...,tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut di bibir, tetapi tidak tersentuh di hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati doa berkenaan ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah SWT..
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Diamlah sejenak, buka fikiran dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah SWT seperti membuka diri ketika merasakan hembusan bayu yang menyegarkan atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Dengan berturut-turut sampaikanlah permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
Setelah selesai, diamlah sejenak dan sampaikan rasa syukur kita dalam fikiran bahawa betapa besarnya nilai doa yang kita baca setiap kali bersolat tetapi kebanyakan dari kita hanya melafazkan sahaja tanpa mengerti apa-apa.
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seolah-olah sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi ia tidak sampai ke dalam "hati" lantaran kita jahil terhadap pengertian di sebalik doa berkenaan.
Related Posts:
AWAS : Mazhab Kristian yang hampir menyerupai Islam Gambar di atas menunjukkan pengikut mazhab dalam agama Kristian, cara amal ibadahnya yang hampir sama dengan Islam. Hal ini diketahui berlaku di negara Indonesia. Ketika Maghrib telah tiba.., belasan orang di Hotel Sah… Read More
Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir Assalamualaikum..... Sudah menjadi tanggungjawab pemimpin sebuah negara Islam untuk menegakkan "kalimah" (hukum hakam Islam) Allah SWT di negara yang ditadbirnya walaupun negara itu mempunyai pelbagai penganut agama… Read More
20 sebab makruh semasa mengucap salam Assalamualaikum..... Secara umumnya, kalangan kita sudah mengetahui hukum memulakan salam adalah sunat dan dalil-dalilnya juga telah banyak kita temui. Menjawab salam pula hukumnya wajib…tetapi terdapat beberap… Read More
Tujuh kelebihan wanita dalam agama Islam Assalamualaikum..... Banyak pihak mengatakan bahawa sukar menjadi wanita Islam (muslim), hanya dengan melihat secara kasar perkara-perkara di bawah ini : 1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki. … Read More
Khasiat surah Al-Kautsar Surah ini paling pendek, hanya mengandungi tiga ayat dan diturunkan di Makkah. Ia bermaksud sungai di syurga. Kolam bagi sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Surah ini disifatkan … Read More