Ghairah melihat pemain Malaysia beraksi di luar negara, Safee Sali jadi mangsa keadaan!!

Isu kemungkinan pengharaman ISL menjadi beban terkini yang perlu ditanggung oleh Safee Sali.


Penyerang sensasi Malaysia, Safee Sali yang bermain dengan kelab Pelita Jaya dari Indonesia, mungkin tidak boleh mewakili skuad Harimau Malaya selepas badan induk bola sepak dunia (FIFA) berkemungkinan mengharamkan kejohanan Liga Super Indonesia (Indonesia Super League).

Menurut portal berita akhbar Republika, surat pengharaman ISL oleh FIFA itu ditujukan kepada Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Djohar Arifin Husin yang menyatakan ISL adalah liga yang tidak diakui oleh badan dunia itu. Menurut kandungan surat tersebut, FIFA menerusi surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya Jarome Valcke dan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay menetapkan status haram kepada semua pemain, pegawai dan pengadil yang terlibat dengan ISL.

"Pemain yang bermain di ISL juga akan dikenakan pembekuan status perpindahan. Ini bermakna pemain tidak boleh bermain di liga atau kejohanan di negara yang merupakan anggota FIFA".  FIFA bagaimanapun memberikan tarikh akhir 20 Mac tahun depan kepada Indonesia untuk menyelesaikan segala polemik yang berkaitan dengan arena bola sepak di republik itu atau berdepan tindakan penggantungan atau pengharaman.

Persoalan pertama yang perlu ditimbulkan, apakah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) tidak meneliti perkara-perkara teknikal seperti ini sebelum "melepaskan" Safee Sali untuk bermain di Indonsia pada awalnya dahulu?.  Apakah kerana keghairahan untuk melihat aksi pemain Malaysia di liga luar negara menyebabkan badan profesional seperti FAM terutamanya seperti "rabun mata" dalam memandang hal sebegini?.

Namun pengurus kepada Safee Sali menegaskan bahawa :
"Indonesia Super League (ISL) Tak Diharamkan lagi dan ISL bukan liga haram dan Safee bukan pemain liga haram. ISL adalah liga yang diputuskan untuk dijalankan oleh PSSI di Kongres Bali 2011 dan tiada keputusan dari mana2 kongres atau mesyuarat PSSI hingga hari ini yang mengatakan ISL tidak boleh dilaksanakan. 
Maka itu, ISL adalah liga sah PSSI dan FIFA minta PSSI selesaikan kekeliruan ini, bukan haramkan. Memang ada masalah di PSSI, tapi mereka sedang usahakan untuk diselesaikan secepat mungkin. Kerja Safee main bola ikut kontrak, bukan selesaikan isu PSSI dan Safee tak boleh langkah keluar begitu sahaja. Sama-sama kita doakan semuanya berjalan lancar dan selamat, bukan doa yg sebaliknya...."
Previous Post
Next Post
Related Posts

Promosi

Babab.net