Dunia Haiwan : Pigmi Marmoset, monyet terkecil di dunia



Pigmi Marmoset (bahasa Inggeris: Pygmy Marmoset) ialah sejenis monyet yang berasal dari hutan-hutan hujan Brazil Barat, Colombia Tenggara, Ecuador Timur, dan Peru Timur. Nama saintifiknya Callithrix (Cebuella) pygmaea.

Pigmi Marmoset merupakan monyet yang paling kecil, dengan panjang badannya hanya 14 -16 sentimeter (tidak termasuk ekornya yang 15-20 sm panjangnya), serta juga salah satu primat yang terkecil di dunia.  Monyet jantan sekitar 140 gram (5 auns) beratnya, manakala berat betina hanya sebanyak 120 g (4.2 oz).

Walaupun namanya, Pigmi Marmoset adalah agak berbeza dengan marmoset-marmoset yang tipikal dalam genus Callithrix. Oleh itu, ia digolongkan dalam subgenus tersendiri yang dahulu diiktiraf sebagai Cebuella. Terdapat dua subspesies Pigmi Marmoset, iaitu:
  • Callithrix (Cebuella) pygmaea pygmaea
  • Callithrix (Cebuella) pygmaea niveiventris.

 

Biologi

Pigmi Marmoset mempunyai bulu yang kuning keperang-perangan, serta ekor bergelang yang sepanjang badannya. Kukunya disesuaikan khusus untuk memanjat pokok, satu ciri yang unik bagi spesies ini.  Pigmi Marmoset adalah omnivor dan makan buah, daun, serangga dan kekadang juga reptilia yang kecil.

Bagaimanapun, kebanyakan dietnya terdiri daripada sap (bendalir) pokok. Sehingga dua pertiga masanya dihabiskan untuk menebuk kulit pokok supaya dapat memperoleh sap yang lekit. Ia mempunyai gigi kacip yang sangat khusus untuk kegiatan ini.

Disebabkan oleh saiznya yang kecil serta pergerakan yang tangkas dan pantas, Pigmi Marmoset tidak mudah dilihat di kawasan-kawasan liar. Jangka hayat monyet ini boleh hidup sehingga 11 tahun bergantung pada persekitaran habitat semasa dan pemakanan haiwan ini.

 


 **p/s : Ada sesiapa nak jadikan monyet ini haiwan belaan "wonder pets"?. Boleh aje dijadikan sebagai pilihan terbaik selain daripada hamsters, tikus belanda, arnab atau sesumpah...

Related Posts:

  • Kualiti udara di KL & Selangor masih pada tahap yang tidak sihat Indeks Pencemaran Udara (IPU) bacaan di sebahagian besar Selangor dan Kuala Lumpur hari ini kekal pada tahap yang tidak sihat, menurut Jabatan Alam Sekitar. Sehingga 6 pagi, bacaan di Petaling Jaya adalah 104, Shah Al… Read More
  • Kebaikan dan kegunaan pokok Patawali   Assalamualaikum.... Pada hari Jumaat yang dimuliakan ini, saya berkongsi maklumat kepada para pembaca mengenai tumbuhan yang dikenali sbagai "patawali".  Nama lain bagi pokok ini setakat yang diketahui iala… Read More
  • Rahsia sarang semut Apakah rahsia sarang semut? Rahsia resepi kuihnyakah atau sarang semut yang sebenar. Untuk pengetahuan umum, di luar negara "sarang semut" dibuat kajian, cuma di Malaysia sahaja dibuat sebagai biskut untuk dimakan. … Read More
  • PNBRK TD membantu mangsa dalam pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang CBRNC - Nuclear, Biological, Radiological & Chemical Army Centre ataupun PNBRK TD - Pusat Nuklear, Biologi, Radiologi & Kimia Tentera Darat di bawah Kor Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) yang berpangkalan di M… Read More
  • Gambar bumi waktu malam dari angkasa lepas Angkasa lepas, atau lebih ringkas angkasa, merujuk kepada ruangan yang secara relatifnya kosong di dalam alam semesta yakni berada di luar dari atmosfera sesuatu objek astronomi. Angkasa lepas digunakan untuk membezakann… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan