Aduh, peritnya cabut gigi...!



Assalamualaikum....

Dalam dua minggu kebelakangan ini saya kurang sihat dan terpaksa mengambil cuti panjang. Maklumlah sekarang ini pun musim "gangguan kesihatan" tidak menentu. Salah satu gangguan kesihatan yang saya kena ialah sakit gigi.

Semasa artikel ini ditulis (Selasa, 12 Julai 2011), saya baru sahaja cabut gigi di Klinik Pergigian Tampin, Negeri Sembilan.  Mungkin ada yang akan bertanya kenapa di Negeri Sembilan sedangkan saya tinggal di Melaka?.  Ini kerana saya sedang bercuti di kampung saya di Melaka dan pekan yang paling hampir dengan kampung itu ialah di Tampin, Negeri Sembilan.  Kerana kesakitan yang berulang menyebabkan saya memberanikan diri untuk mendapatkan rawatan mencabut gigi.

Seingat saya kali terakhir membuat pemeriksaan gigi ialah semasa di sekolah menegah dalam tingkatan 3. Kalau cabut gigi pula semasa di sekolah rendah.  Kini saya merasai semula pengalaman yang "mengerikan" tersebut.  Sebelum dicabut, saya disuntik dengan bius pada gusi gigi bahagian bawah sebelah kanan dan kemudian diminta untuk tunggu seketika sementara bius berkenaan berkesan.

Apabila doktor gigi berkenaan memanggil saya, perasaan menjadi semakin risau. Tangan menggigil dan tubuh mengejang walaupun doktor dan jururawat meminta saya "melembutkan badan" dan jangan "melawan".  Ada yang kata jika cabut gigi di bahagian bawah kurang sakit, namun saya tetap merasai keperitannya. Bius yang disuntik seperti tidak memberi kesan dalam mengurangkan kesan kesakitan mencabut gigi. Ramai juga yang kata kualiti ubatan di klinik dan hospital kerajaan adalah dari jenis yang rendah mutunya.

Mengikut kata doktor, ada dua gigi yang perlu dicabut, namun hari ini hanya satu gigi sahaja yang dicabut kerana kesakitan mencabut satu batang gigipun tak tertahan rasanya, inikan pula kalau dua batang gigi.  Untuk mencabut sebatang lagi gigi yang buat masa ini belum lagi sakit mungkin mengambil masa yang lama untuk saya buat keputusan.  Sakit gila wooo.....

Related Posts:

  • Perawatan pening, demam, selsema, sakit tekak dan batuk-batuk             Salam sejahtera... Berapa kalikah anda mengalami masalah kesihatan seperti tajuk artikel di atas dalam masa setahun?.  Pada saya sendiri, saya mengalami … Read More
  • Rahsia Kesembuhan Dengan Segelas Air Kosong Bagaimana Air Kosong Dapat Merawat Penyakit. MANFAAT dan KHASIAT air kosong sudah sangat terkenal sejak zaman dahulu. Air sebagai medium penyembuhan sudah sangat terkenal dan tidak asing lagi bagi masya… Read More
  • Lapan petua pemulihan saraf Berikut merupakan antara petua untuk merawat masalah urat saraf dengan menggunakan bahan yang ada disekitar kita tanpa perlu ubat hospital. Amalkan sekiranya mengalami kelemahan saraf  : 1. Mandi dengan air hangat.&… Read More
  • Ubat sakit tekak buatan sendiri Sakit tekak merupakan gejala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, biasanya diikuti dengan gejala bersin dan batuk. Lazimnya ia juga merupakan penyebab kita berjumpa doktor dan dikenali sebaga… Read More
  • Penawar Gout, Migrain & Resdung Paling Mujarab Pelbagai penyakit telah membelenggu manusia sejak manusia pertama kali wujud di bumi ini. Namun Allah SWT telah berfirman bahawa tiap penyakit ada ubatnya melainkan tua dan mati. Penyakit seperti resdung, migrain dan gou… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan