Kerja jahanam Mustafa Kemal Atarturk (perosak Islam di Turki)



1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”.

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara Islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa Tuhan dan dimana Tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah Tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


 
Apakah pengkhianat dan perosak Islam perlu mendapat penghormatan dari pemimpin negara kita ini?

Related Posts:

  • Resepi Spaghetti Carbonara Bahan-bahan (untuk hidangan  5 ke 6 orang) : 500 g spaghetti 3 ulas bawang putih 5 biji telur 1/2 cawan Parmesan cheese 1/2 cawan double cream 1 sudu kecil lada hitam 1 sudu kecil garam 1 sudu besar parsley flakes … Read More
  • Siri Perubatan Islam : Doa merawat tulang patah Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat sebagai penawar dan penyembuhan. Tiap-tiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar untuk penyakit spiritual dan fizikal. Setiap surah dan ayat dalam Al-Quran adalah … Read More
  • Awet Muda dengan makan Bertih Jagung? Gandum dan jagung adalah dua jenis makanan yang mengandung polifenol paling tinggi apabila diproses menjadi makanan ringan. Ia dibuktikan oleh seorang profesor kimia dari University of Scranton AS, Joe Vinson  bersa… Read More
  • Cari Rezeki online dengan 8Share Pelbagai kaedah dan landasan yang tersedia untuk para pengguna internet terutamanya para "blogger" dan facebooker" untuk menjana pendapatan sampingan yang jika dijalankan dengan kaedah yang betul, insya Allah ia mampu memb… Read More
  • Program PPC IklanSticky : mudah dan sempoi jana duit Bosan tiada sales dalam program affiliate pay per sale (PPS) yang anda sertai? KINI, komisyen anda dibayar hanya memerlukan KLIK sahaja! Di IklanSticky.com, kami sedia membayar komisyen tanpa pelawat membuat pem… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan