Keputusan Perlawanan Bola Sepak Persahabatan - Malaysia dan Chelsea 21 Julai 2011


Kedudukan separuh masa pertama, Malaysia 0 - Chelsea 0 

Perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia dan Chelsea telah tamat dengan keputusan Malaysia 0 Chelsea 1

 Gambaran dan Ulasan Perlawanan :

--SEPARUH MASA PERTAMA--

* Minit Pertama, pertahan malaysia dapat menyekat serangan Chelsea.
* Penghjujung minit ke 2, Malaysia menyerang dari kiri Chelsea.
* Serangan Malaysia di pertengahan minit ke 4 dari kawasan tengah offside.
* Minit ke 5, pemain tengah Malaysia dapat merampas bola dari pemain Chelsea dan membuat serangan ke gol. Penjaga gol Chelsea dapat menangkap bola tersebut.
* Minit ke 7, Malaysia sedang membuat serangan.
* Minit ke 8 pemain Chelsea mengasari pemain Malaysia dan Malaysia mendapat sepakan percuma.
* Minit ke 10, serangan Chelsea dapat digagalkan oleh penjaga gol Malaysia.
* Minit ke 13, Chelsea berlegar-legar di tengah padang, cuba menembusi kawasan Malaysia.
* Minit ke 14, serangan Chelsea di kiri Malaysia gagal.
* Minit ke 16, Daudsu Jamaluddin menanduk keluar bola di kiri pertahanan Malaysia.
* Minit ke 17, percubaan Chelsea di depan gol Malaysia hasil dari kekalutan pertahanan tidak tepat ke gol Malaysia.
* Minit ke 19, serangan Chelsea bertalu-talu ke gol Malaysia gagal.
* Minit ke 20, serangan balas Malaysia digagalkan pertahanan Chelsea.
* Minit ke 21, serangan Chelsea di kiri kawasan Malaysia gagal.
* Minit ke 23, Chelsea mendapat sepakan penjuru.
* Minit ke 24, penyerang Chelsea diperangkap offside.
* Minit ke 25, Malaysia mendapat sepakan penjuru.
* Minit ke 26, penjaga gol Malaysia dapat menangkap kemas percubaan Chelsea.
* Minit ke 27, percubaan Malaysia dari kiri gol Chelsea ditepis penjaga gol Chelsea dan sebenarnya offside.
* Minit ke 28, Chelsea mendapat sepakan percuma di depan gol Malaysia tetapi terkena benteng Malaysia.
* Minit ke 31, Amri Yahaya cuba menyerang Chelsea di kiri.
* Minit ke 32, percubaan Chelsea di kiri gol Malaysia terkeluar.
* Minit ke 33, Malaysia menukarkan Daudsu Jamaluddin dan memasukkan Fandi.
* Minit ke 34, serangan kilat Malaysia melalui Hairuddin dikeluarkan oleh pertahanan Chelsea.
* Malaysia membuat pertukaran pemain.
* Minit ke 39, pertahan Malaysia mengeluarkan bola percubaan Chelsea dan Chelsea mendapat sepakan penjuru.
* Minit ke 40, seranagn Malaysia gagal.
* Minit ke 42, serangan Malaysia di penalti Chelsea gagal.
* Penghujung minit 42, serangan Chelsea juga gagal.
* Minit ke 45, Fernando Torress gagal membuat penyudah tepat di depan gol Malaysia.
* Minit ke 46, perlawanan separuh masa pertama tamat.

--SEPARUH MASA KEDUA--
  
* Minit ke 47, percubaan Chelsea ke arah gol Malaysia dari jauh tidak menuju sasaran.
* Minit ke 49, hantaran jauh pemain Chelsea tidak menuju ke arah rakan.
* Minit ke 50, serangan Chelsea di kiri gol Malaysia digagalkan oleh pertahanan tengah Malaysia.
* Minit ke 51, Malaysia mendapat sepakan percuma.
* Minit ke 52, Malaysia membuat dua pertukaran.
* Chelsea juga membuat beberapa pertukaran.
* Minit ke 55, pertahanan Malaysia berjaya mengeluarkan bola dari kawasan Malaysia.
* Minit ke 57, Malaysia membuat satu pertukaran.
* Minit ke 60, pertahan Malaysia mengeluarkan bola dari kawasan merbahaya.
* Minit ke 61, pemain Chelsea offside.
* Minit ke 62, penjaga gol Chelsea menyelamatkan percubaan pemain Malaysia di dalam kawasan penalti Chelsea.
* Minit ke 63, pemain Chelsea offside.
* Minit ke 65, Malaysia membuat satu pertukaran pemain.
* Penjaga gol Malaysia mengeluarkan bola dari kawasan merbahaya.
* Minit ke 67, Malaysia menggasak di sebelah kanan Chelsea tetapi percubaan melewati palang gol Chelsea.
* Minit ke 69, Chelsea mendapat sepakan percuma.  Hasil dari sepakan percuma tersebut, bola tandukkan pemain Chelsea terkeluar.
* Minit ke 70, penjaga gol Malaysia menyelamatkan percubaan pemain Chelsea dan Chelsea mendapat sepakan penjuru.
* Minit ke 71, Malaysia menukarkan penjaga gol.
* Minit ke 72, Malaysia mendapat sepakan percuma di depan penalti Chelsea.
* Minit ke 74, atas kelekaan pemain Chelsea dalam hantaran bola, pemain Malaysia hampir-hampir menjaringkan gol.
* Minit ke 75, pertahanan Malaysia yang juga ketua pasukan Norhafiz Zamani Misbah mengalami kecederaan.
* Minit ke 77, Norhafiz Zamani Misbah dikeluarkan.
* Minit ke 78, Chelsea mendapat sepakan percuma.
* Penghujung minit ke 78, hasil dari sepakan percuma, Chelsea mendapat gol, walaupun di bantah oleh pemain Malaysia atas alasan bola belum melintasi sepenuhnya garisan gol.
* Minit ke 81, pemain Chelsea offside berhampiran penalti Malaysia.
* Minit ke 82, Malaysia membuat pertukaran pemain.
* Minit ke 84, Malaysia hampir mendapat gol tetapi percubaan sedikit tersasar di kiri gol Chelsea.
* Minit ke 87, pertahan Malaysia mengeluarkan bola dan Chelsea mendapat sepakan penjuru.
* Minit ke 88, Malaysia membuat serangan kilat dan hampir memasuki penalti Chelsea tetapi bola dikeluarkan dan Malaysia juga membuat pertukaran pemain.
* Masa sebenar perlawanan sudah tamat, pengadil menambah masa permainan kepada 4 minit.
* Minit ke 94, perlawanan sudah ditamatkan.


ULASAN PERIBADI

--  Pasukan Malaysia memiliki sekurang-kurangnya 3 atau 4 peluang berkualiti baik untuk menjaringkan gol, yang bolehlah dikatakan sepatutnya peratusan untuk dijaringkan gol melebihi 70%, namun ianya sering tersasar lantaran pemain utama dan gantian merupakan pemain yang sudah lama tidak bermain ataupun tidak pernah di pentas antarabangsa, yang baru pulih dari kecederaan dan pemain muda yang kurang pengalaman.

Pemain Malaysia tidak kurang dengan kemahiran taktikal dan teknikal berbanding dengan pasukan Chelsea namun saya merasakan ianya terbatas disebabkan oleh tahap ketahanan dan kekuatan fizikal serta stamina para pemain Chelsea berada jauh lebih baik dibandingkan dengan pemain Malaysia.

Namun disebalik itu, saya melihat ada dua atau tiga orang pemain muda Malaysia yang mempunyai teknik dan kemahiran pembacaan perlawanan yang baik  Bagi pertahanan tengah Malaysia iaitu Norhafiz Zamani Misbah, saya merasakan beliau perlu mendapatkan rehat yang betul-betul cukup bagi memastikan kecederaan lamanya benar-benar pulih.  Beliau sebenarnya dari segi fizikal belum cukup bersedia untuk perlawanan antarabangsa.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan