Niat @ doa puasa dan berbuka puasa bulan Ramadhan


Assalamualaikum...

Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.

Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Di sini saya sediakan bacaan niat puasa menggunakan huruf rumi bagi mewakili bunyi niat puasa di dalam bahasa Arab.  Adalah di nasihatkan agar mendengar serta belajar dari guru agama yang bertauliah bagi membezakan bunyi atau sebutan sebenar niat yang telah dirumikan. Saya hanya ingin mempermudahkan kita untuk cepat memahami dan mengetahui akan niat dalam bahasa arab.

Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran. 

Lafaz niat puasa hari-hari :-
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa  ( Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala ) 

Lafaz niat puasa sebulan (Bahasa Melayu) :-
Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Niat berbuka puasa :-
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya
arhamarrohimin ( Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang ) 


Waktu berniat puasa  :-
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.


 


Kemaskini (29 Jun 2014):


Related Posts:

  • Penyebab rezeki payah nak datang    Firman Allah: “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka … Read More
  • Video menyentuh qalbu : Buat baik dibalas baik Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),&nb… Read More
  • Kita perlukan penyampaian khutbah yang BERTENAGA! Khutbah sering dikaitan dengan solat Jumaat namun ada beberapa lagi khutbah yang lain seperti khutbah nikah, khutbah ‘Idul Fitri dan ‘Idul Adha. Definisi dari segi bahasa " Khutbah " , secara bahasa , adalah ' perkat… Read More
  • Sembilan mimpi Nabi Muhammad SAW   Mimpi adalah gambaran yang dicipta Allah dan dilihat manusia di dalam tidur mereka. Siapakah yang mimpinya paling benar? 1.Para nabi: Semua mimpi mereka benar-benar belaka. 2.Orang soleh: Selalunya benar. 3.Selain … Read More
  • Download jadual waktu imsak & berbuka puasa 2014 untuk seluruh Malaysia   Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai "menahan diri". Dari segi istilah syarak puasa bermaksud "menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dar… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan