Iklan perniagaan : pengisian double meaning jadi pilihan?
By Admin at 1:15:00 am
Isu semasa
Assalamualaikum....
Beberapa bulan kebelakangan ini, dilihat trend syarikat mengiklankan produk dan perkhidmatan menggunakan ayat-ayat yang membawa "double meaning" atau dua maksud semakin galak dan menjadi-jadi, lebih-lebih lagi apabila iklan mereka itu disiarkan melalui siaran stesyen radio. Dari jenis makanan kesihatan (zulkifli...oh zulkifli...) hinggalah ke perkhidmatan siaran televisyen berbayar yang kononnya terunggul di Malaysia (macam-macam ada ke macam-macam hal...?).
Kedengaran iklan mereka itu bersadurkan kelucahan. Dah tak ada idea yang lebih "bersih" lagi ke sampai nak guna ayat-ayat yang ada unsur lucah?. Ada sesiapa yang dengar iklan dari stesyen televisyen berbayar di stesyen radio Sinar.fm atau lain-lain stesyen radio?.
Itu dari segi pengiklanan dari syarikat perniagaan, dalam bidang lainpun idea lucah menjadi pilihan. Lebih-lebih lagi jika nak jatuhkan musuh politik. Pelbagai teknik dan kaedah digunakan untuk membikin video berkenaan. Kalau pemimpin yang sedang berkuasapun tersedia menggunakan idea lucah, terlangsungnya fikiran rakyatpun ikut lucah sama. Ini nasihat dari APCO ke?
Surat khabar lagi la tak boleh pakai, buat bungkus bangkai tikus dan kambus dalam tanah lebih baik. Kalau nak dekat pilihanraya, berita lucah je yang menjadi tajuknya. Orang lain kotor, "orang-orang" dia aje yang bersih. Surat khabar arus perdana kini dah jadi akhbar 18SX. Kanak-kanak, remaja dan dewasa yang tak matang-matang lagi tak boleh baca, nanti merosakan fikiran.
Related Posts:
Video Raja Bomoh tawar diri pulihkan lebuhraya Sekali lagi seseorang yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mengambil peluang untuk memperagakan kebolehannya dalam dunia perubatan mistik dengan menawarkan dirinya untuk memulihkan… Read More
Seseorang telah maki Allah SWT dan Nabi Muhammad (Joshua Hilmy) Gambar pemilik akaun Facebook ini mungkin yang disebelah kiri anda Rupanya masih ada lagi rakyat Malaysia yang kafir (mungkin), tidak memahami dan menghormati ajaran Islam yang menjadi agama rasmi kerajaan persekutu… Read More
Tarik iklan sebab bantahan, bukan kerana kesedaran memelihara kesucian Islam Kalau diikutkan isu ini sudah selesai dengan penarikkan semula iklan yang mencemar kemuliaan agama Islam dan permohonan maaf secara terbuka telahpun dibuat. Namun apabila difikirkan semula, yang memohon maaf secara … Read More
Live Streaming keadaan di Gaza dan Tel Aviv Seperti yang umum sedia maklum Semenanjung Gaza dan Bandar Tel Aviv kembali bergolak dengan serangan roket dan melalui jalan darat di mana pihak fahaman Zionis tak putus-putus membunuh penduduk di Gaza dan Palestin… Read More
Kepada mereka yang suka harga barang naik Artikel di atas adalah telah diimbas dari sebuah artikel dari surat khabar Harian Metro bertarikh 11 Julai 2014. Ia memaparkan keperitan hidup keluarga empat beranak yang diketuai oleh ibu tunggal. Jika dibaca pada… Read More