Format APK bakal digantikan dengan AAB pada Ogos 2021



Format ini diedarkan melalui Google Play, dimana format AAB akan membolehkan sistem agihkan aplikasi dan fail berkaitan kepada peranti pengguna – mengikut variasi yang digunakan. Malah, sekiranya ia bersaiz besar, maka pembangun perlu menggunakan Play Asset Delivery atau Play Feature Delivery – menggantikan penggunaan OBB sebelum ini.

Langkah ini sekaligus akan mengurangkan pengedaran fail APK, dan pembangun akan memfokuskan kepada pembangunan fail berformat AAB dan mengedarkannya melalui Google Play Store.

Perubahan ini mungkin akan memerlukan sedikit pengubah-suaian oleh penerbit aplikasi sekiranya ingin menerbitkan aplikasi untuk Huawei AppGallery, atau untuk digunakan bersama Windows 11 yang sedia mengatakan bakal menyokong fail APK.

Perubahan ini oleh Google tertakluk kepada penerbit aplikasi baharu bermula Ogos 2021. Peralihan untuk aplikasi sedia ada dijangka akan dilakukan secara berperingkat selepas itu.

Google turut mengatakan pada hari ini, sejumlah aplikasi sedia menggunakan Android App Bundle – termasuk antaranya adalah Twitter, Gameloft, Netflix dan sekitar 1000 aplikasi popular lain.


Kredit teks : amanz.my

Related Posts:

  • Ringkasan cara buat duit melalui blog   Dunia internet dan blog kini semakin kompleks dan berwarna-warni. Internet dan blog bukan sahaja menjadi media untuk mencari dan mendapatkan maklumat tertentu seperti tawaran kerja kosong, berita sukan atau resepi ma… Read More
  • Petua elak nyamuk dari bayi Jika dilihat dan dikaji disekeliling kita, terdapat bahan-bahan dari alam sekitar yang boleh digunakan untuk melindungi kesihatan dan pencegahan penyakit. Bahan-bahan sebegini agak mudah untuk diperolehi dan digunakan se… Read More
  • Sejarah Blogger - Blogspot Kisah Blogger (seperti yang diceritakan oleh salah seorang pemilik asal jenama "Blogger"). Sesetengah ayat saya tidak terjemahkannya kerana mungkin akan lari dari maksud asalnya. Kebanyakkan terjemahan dari Google Translat… Read More
  • Bergambar dengan penjaga gol MU   Pada pukul 8.07 malam (22 Februari 2014), ketika saya sedang membeli makanan di salah satu kios yang ada di Restoran El Ezzat's, Jalan Hang Tuah, Melaka, saya terpandang susuk tubuh yang tegap, tinggi dan berkulit… Read More
  • Keputusan Selangor - Arema Malang AFC Cup (25.02.2014)   25 Februari 2014  8:45mlm Stadium Majlis Perbandaran Selayang KEPUTUSAN PENUH : Selangor (Malaysia)    1-1    Arema Malang (Indonesia) Selangor 10' Arema Malang 73' … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan