Cubaan lori Ebit Lew redah SJR gagal

Kredit : Utusan 

Tiga lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan daripada pendakwah popular, Ebit Lew diarah berpatah balik ketika melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Bentong di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, tiga lori berkenaan diarah berpatah balik kerana gagal mengemukakan surat kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, tiga lori tersebut yang menuju ke Kuantan, Terengganu dan Kelantan tidak dikenakan kompaun sebaliknya hanya diarah berpatah balik.

“Apabila kita tanya ada atau tidak surat kebenaran dia (pemandu) kata tidak ada kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, jadi kami tidak benarkan lori tersebut masuk.

“Kita hendak mengekang penularan Covid-19 daripada luar ke Pahang seperti mana pernah berlaku semasa bantuan banjir, itulah sebab kerajaan Pahang ambil iktibar apa yang berlaku,” katanya di sini hari ini.

Dalam laman Facebooknya pada Isnin lalu, Ebit Lew memaklumkan sebanyak 10 lori bantuan keperluan asas akan bergerak ke seluruh negara.

Zaiham berkata, kerajaan negeri telah menetapkan bahawa sebarang bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu ditransitkan di khemah transit yang disediakan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Bentong.

Jelasnya, jika perlu dihantar ke lokasi tertentu ia perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau PKOB daerah.

Dalam pada itu katanya, sehingga pukul 1 tengah hari semalam pihak polis melakukan pemeriksaan ke atas kira-kira 780 buah kenderaan yang memasuki daerah ini di SJR Plaza Tol Bentong.

Tambahnya, daripada semalam sehingga pukul 4.53 petang hari ini sebanyak 53 buah kenderaan diarahkan berpatah balik oleh anggota berugas.

“Ia kerana tujuan pergerakan tidak munasabah menggunakan surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” katanya. – UTUSAN



Related Posts:

  • Jenis-jenis ulam di Malaysia   Di Malaysia lebih daripada 120 jenis tumbuhan yang dimakan sebagai ulam yang terdiri daripada pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan tersebut terdiri daripada tumbuhan herba kecil dan melata, jenis semusi… Read More
  • Hukum surau atau masjid melaungkan azan menggunakan rakaman suara Azan merupakan salah satu syiar dalam Islam yang disyariatkan sebagai tanda masuk waktu sembahyang fardu. Ia juga adalah satu ibadah kepada Allah Taala yang tidak sah dilakukan kecuali oleh muazzin yang mencukupi syara… Read More
  • Sepuluh Negara terkaya pada 2013   Berikut adalah nama sepuluh negara paling kaya pada tahun 2013. Negara-negara ini berada di senarai rekod tertinggi daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita yang dicatatkan selaras dengan maklumat yang … Read More
  • Mengapa pelangi berbentuk separuh bulat? Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah… Read More
  • Hakim yang berhati mulia di Indonesia KISAH BENAR tentang seorang nenek mencuri ubi dan hakim yang bijak Kisah yang sangat menyentuh hati bermula apabila seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah iaitu seora… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan