30 minit gantung bendera putih - bantuan sampai

Seorang ibu tunggal berasa sebak apabila mendapat pelbagai bantuan selepas tidak sampai setengah jam dia mengibarkan bendera putih di hadapan rumah sewanya di Taman Gemencheh Baru di sini hari ini.

M. Dewgi, 66, berkata, beberapa hari lalu dia mulai berasa risau apabila bekalan makanan hampir kehabisan dan dia serta anak ketiganya, V Vishu, 45, juga tidak bekerja lagi kerana hilang upaya akibat strok.

Menurutnya, dia dan anaknya itu menggunakan sepenuhnya wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membayar sewa rumah sebanyak RM450 sebulan dan baki RM100 lagi digunakan untuk membeli makanan keperluan harian.

“Tak lama lepas saya kibarkan baju berwarna putih di hadapan rumah sewa, ada orang Melayu, Cina dan India datang hantar bantuan makanan.

“Ada yang hanya hantar satu tray telur, beras, meggi dan gula. Mereka kata ini sahaja yang mampu berikan tapi saya kata tak mengapa kerana bantuan ini sangat bermakna buat saya,” katanya ketika ditemui hari ini.

Dua beranak berkenaan mendapat sumbangan bekalan makanan harian, basah dan wang tunai daripada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Gemencheh dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh, Datuk Mohd. Isam Mohd Isa.

Dewgi berkata, sebelum ini mereka dua beranak tinggal menumpang di rumah saudara namun disebabkan anaknya disahkan sakit strok dan tibi, dia harus mencari rumah sewa yang lain.

Menurutnya, anaknya itu sebelum ini bekerja dalam sektor perkapalan di Johor sebelum diserang strok serta tibi dua tahun lalu.

“Kini, saya tinggal menyewa bersama seorang lagi adik saya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Sementara itu, Pengerusi KRT Pekan Gemencheh, Zolkifli Manas berkata, pihaknya sedia membantu penduduk yang terkesan susulan pendemik Covid-19 dan sejak telah menyampaikan 60 bakul makanan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.


Kredit : 

NOR AINNA HAMZAH ( Kosmo )

Related Posts:

  • Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2023Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2023 yang bakal berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam itu menawarkan pelbagai acara menarik antaranya pertunjukan udara daripada pesawat pelbagai n… Read More
  • BERAS TEMPATAN vs BERAS IMPORT : Apa yang sebenar berlaku ? Ramai yang bertanya tentang isu harga beras yang mendadak naik. Di pihak kementerian banyak maklumat telah pun diedarkan untuk memberikan penerangan. Walau bagaimanapun ia dikatakan terlalu teknikal. 1) Kenapa harg… Read More
  • Festival Permainan Malaysia : 15 September 2023Festival Permainan Malaysia di Kuala Lumpur bakal diadakan pada tarikh 15 hingga 17 September 2023 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Festival Permainan Malaysia merupakan sebuah program yang bertujuan untuk memartabatkan kemb… Read More
  • Titah Sultan Ibrahim : "Beri Anwar lebih masa bangunkan ekonomi"Dato' Seri Anwar Ibrahim mengambilalih jawatan Perdana Menteri Malaysia dan mentadbir kerajaan pada November 2022 tatkala negara sedang berada dalam masalah :🚨 Hutang RM1.5 trilion🚨 Krisis ekonomi🚨 Inflasi tinggi (4%)🚨 Kr… Read More
  • Klon P.Ramlee meninggal dunia Penyanyi, Fairuz Misran ( 38 tahun ) yang memiliki wajah dan suara seiras Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee meninggal dunia pada 8 September 2023.Allahyarham Fairuz dilaporkan rebah di kediamannya pada pukul 1… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan