Cadangan terbuka untuk para YB yang beri bantuan peranti elektronik kepada pelajar

Kepada setiap Yang Berhormat atau mana-mana pihak yang memberikan bantuan peranti elektronik seperti laptop, tablet atau telefon pintar kepada pelajar atau bukan pelajar.....

Saya cadangkan setiap pemberian tablet atau telefon pintar itu disertakan sekali dengan panduan bercetak bagi mengajar cara-cara menjaga dan menyelenggara gajet berkenaan kerana sepanjang pengalaman saya membuat perkhidmatan mengajar komputer secara peribadi di rumah peserta, ramai orang tahu guna sikit-sikit komputer / tablet / telefon pintar namun mereka ada yang langsung tidak tahu cara penyelenggaraan alatan berkenaan.

Penyelengaraan bermaksud dari segi sistem iaitu membuang fail-fail / ingatan sementara yang tidak perlu, mengemaskini aplikasi terutamanya aplikasi anti virus dan lain-lain aplikasi yang dirasakan perlu dikemaskini.

Penyelengaraan dari segi fizikal ialah seperti suhu persekitaran pada lokasi alat itu disimpan atau digunakan ( tidak meletakkan alat itu di tempat yang basah dan panas ), tidak meletakkan alat itu bertindih dengan barang yang lain, memakai perlindungan fizikal tambahan bagi mengurangkan impak pada alat berkenaan sekiranya terjatuh dan semasa mengecas bateri, jangan letak atas bantal atau tilam.

Untuk memanjangkan jangka hayat bateri, elakan dari mengecas alat berkenaan sambil menggunakannya. Cara terbaik ialah off kan dahulu alatan berkenaan sebelum mengecas penuh.

Jika laptop, jangan letak atas bantal, tilam atau peha semasa menggunakannya kerana ia akan mengganggu pengaliran haba panas. Ini akan mempercepatkan kerosakan peranti elektronik berkenaan.


Yang menyampaikan,

Ahmad Zaki Abdul Rahim


- Pengasas ICT Niaga Enterprise

- Mantan Panel Penasihat Industri bagi Diploma Sains Komputer Multimedia, Unifield International Collage

- Pengasas URUTAN - Tanjung Rimau Dalam

Related Posts:

  • Koleksi buku motivasi perniagaan Di atas ini adalah antara koleksi buku-buku yang berkaitan dengan motivasi perniagaan yang penulis miliki. Dan yang pastinya jumlah koleksi ini akan bertambah dari semasa ke semasa kerana ilmu sentiasa berkembang tanpa had… Read More
  • Karnival Pekerjaan & Night Career Fair 2014 Karnival Pekerjaan dan "Night Career Fair" Azam Kerja 1Malaysia 2014 Anjuran : Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka Tarikh : 22 Februari 2014 (Sabtu) Masa : 9.00 pagi - 9.00 Malam Tempat : Dewan Penjara Sung… Read More
  • Gambar Neelofa tak pakai seluar dibongkarkan? Artis yang sedang "meletop" dan masih lagi "bergas" iaitu Neelofa dilihat sering mengekalkan asetnya pada tahap terbaik agar releven dengan pasaran dunia hiburan semasa di Malaysia. Apa sahaja mengenainya pasti akan menj… Read More
  • Satu Daerah Satu IndustriProgram Satu Daerah Satu Industri merupakan platform terbaik bagi usahawan Melayu memasarkan produk berasaskan bahan-bahan tempatan, terutamanya produk yang melibatkan makanan & minuman halal. Malah, RTM 1 juga menyokong … Read More
  • Sejarah Blogger - Blogspot Kisah Blogger (seperti yang diceritakan oleh salah seorang pemilik asal jenama "Blogger"). Sesetengah ayat saya tidak terjemahkannya kerana mungkin akan lari dari maksud asalnya. Kebanyakkan terjemahan dari Google Translat… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan