Dah dapat bantuan, turunkan bendera putih !

 


Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon berkata, pihaknya kesal apabila terdapat keluarga yang berterusan mengibarkan bendera putih walaupun sudah menerima bantuan pelbagai pihak.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang berkata, terdapat rumah yang sebelum ini mengibarkan bendera putih sebelum pusat khidmatnya datang memberi bantuan.

Bagaimanapun, katanya, selepas menerima pelbagai bantuan, keluarga berkenaan masih terus menggantungkan bendera putih tersebut.

"Bukan sahaja di pusat khidmat, malah terdapat beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Magic dan Persatuan Muhibah, serta individu yang bermurah hati membantu keluarga tersebut.

"Nampaknya, ada pihak yang ingin mengambil kesempatan. Konsep bendera putih itu disalah guna dan tidak sepatutnya berlaku," ujarnya.

Beliau sehubungan itu meminta orang ramai yang menggantung bendera putih kerana terputus bekalan makanan supaya menurunkan bendera terbabit selepas bantuan diterima.

"Bagaimanapun mereka boleh menaikkan semula bendera putih itu sekiranya benar-benar kehabisan bekalan makanan," katanya.


Kredit :

- Sarinah Mat Kasim ( Sinar Harian )

Related Posts:

  • Video perlawanan ditangguhkan : JDT vs T-Team [Piala FA 2014] Selepas tamat separuh masa pertama, terjadi pertelingkahan (gaduh mulut) antara pegawai pasukan, jurulatih dan pemain antara kedua-dua pasukan. Pasukan T-Team enggan meneruskan baki perlawanan separuh masa kedua. Sehin… Read More
  • Aplikasi Android Liga Malaysia 2014 Aplikasi khusus untuk sistem Android ini direka bagi memudahkan peminat dan penyokong Liga Malaysia mengetahui jadual dan keputusan perlawanan Piala Malaysia, Liga Super, Liga Premier, Liga FAM, Piala Presiden, Piala FA … Read More
  • Animasi video kreatif : dakwah tentang aurat Aurat dari segi bahasa ialah keaiban, manakala dari segi istilah syara' ialah bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutupi. Jadi, aurat bermaksud bahagia-bahagian tertentu yang wajib dilindungi d… Read More
  • Jersi Melaka United musim Liga Malaysia 2014 Negeri Melaka yang kini sudah menjenamakan semula pasukan utama bola sepak mereka, telah mengeluaran jersi rasmi (jersi utama) untuk skuad Melaka United bagi mengharungi musim Liga Malaysia 2014. Bertepatan dengan kehe… Read More
  • Keputusan Liga Super 25/01/2014   Lima perlawanan Liga Super Malaysia berlangsung pada hari ini. Perlawanan antara PKNS FC dan ATM telah berlangsung pada semalam (24 Januari 2014), dengan dimenangi oleh PKNS FC dengan jaringan 1 berbalas 0 dari ATM… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan