Interpol bantu kesan aktiviti pengganas biologi di 'Darknet'

Polis Antarabangsa (Interpol) akan membantu lima negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia, menyiasat aktiviti berkaitan pengganas biologi menerusi 'Darknet' (web gelap).

Penyelaras Unit Pencegahan Keganasan Biologi Interpol Adrien Sivignon berkata negara lain yang akan turut dibantu melalui Project Pandora itu ialah Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

"Kami akan melaksanakan Project Pandora di Asia Tenggara pada suku pertama tahun depan. Kami harapkan sokongan lanjut daripada negara terbabit bagi menyiasat web gelap untuk mengekang aktiviti haram," katanya pada forum mengenai penggunaan secara jenayah teknologi baharu web gelap.

Beliau merupakan seorang daripada ahli panel pada Forum Keselamatan Siber ASEAN bersempena Persidangan dan Pameran Pertahanan dan Keselamatan Siber (CYDES) 2021 yang berlangsung secara maya pada Selasa.

Unit Pencegahan Keganasan Biologi Interpol memperkenalkan Project Pandora bagi meningkatkan kemampuan polis dan penganalisis perisikan dalam menyiasat aktiviti berkaitan keganasan biologi menerusi web gelap.

Ini berikutan peningkatan penggunaan laman web sedemikian untuk memperoleh, memindah atau menyeludup bahan atau senjata biologi yang kini menjadi kebimbangan utama komuniti penguat kuasa undang-undang di seluruh dunia.

Sivignon berkata mereka mengakui ancaman penggunaan bahan biologi oleh 'non-state actor' (pelaku bukan negara), penggunaan laman web sebagai platform untuk perdagangan haram bahan biologi serta peralatan dwiguna, selain menangani cabaran teknikal dalam menyiasat laman web tersebut.

CDYES 2021 yang bertemakan 'Embedding Resilience Within Our Cyberspace' dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Agensi Keselamatan Siber Negara dari 28 hingga 30 Jun.


Kredit :

- BERNAMA

- Astro Awani

Related Posts:

  • Produk dari Irwan Dahnil Assalamualaikum...Di atas adalah antara buku-buku yang telah dihasilkan oleh Irwan Dahnil ( abang Wan ),sudahpun berada dipasaran. Terdapat di kedai-kedai buku utama di seluruh Malaysia.Untuk maklumat lanjut mengenai buku-b… Read More
  • Memang Melayu Mudah Lupa (bahagian 2)Penulis ingin menyambung artikel ini setelah sekian lama tidak menulis di blog...Terdapat banyak kisah yang seumpama dengan tajuk artikel di atas dalam kehidupan kita. Mudah lupa pada jasa serta kebaikkan yang dibuat oleh se… Read More
  • Memang Melayu Mudah Lupa (bahagian 1)Assalamualaikum dan salam usahawan...Melihatkan tajuk di atas (Memang betul, Melayu mudah lupa ), saya terpaksa menerima dengan berat hati hakikat sebenar sikap orang Melayu.... Penulis sendiri telah acap kali mengalaminya da… Read More
  • Usahawan Melayu yang dikagumi Irwan Dahnil ( Usahawan SMS) Irwan Dahnil bersama Billi P.S Lim Penulis buka best seller "Dare To Fail"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pemba… Read More
  • Cawangan di Ayer Keroh Heights, MelakaAssalamualaikum...Seperti yang pembaca sedia maklum, penulis menjalankan bisnes perkhidmatan komputer di Kampung Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah Melaka dengan konsep "pengkalan perniagaan di rumah". Dalam akhir bulan Januari … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan