Jangan beli telur sebegini !

Peringatan untuk rakyat Malaysia. Kalau ada jumpa pemborong atau pekedai telur yang jual telur pecah dalam plastik seperti pada gambar di atas, JANGAN beli.

Anda perlu tahu, ini bukannya telur elok yang mereka sengaja pecahkan. Ianya merupakan telur yang telah pecah semasa proses penghantaran menggunakan lori atau pecah semasa proses pemunggahan. 

Oleh kerana sikap mementingkan keuntungan tanpa mengambil peduli kesihatan pembeli, mereka tidak membuang telur berkenaan sebaliknya mereka memasukan isi telur berkenaan ke  dalam plastik dan dijual dengan harga yang murah. 

Telur ayam yang retak atau pecah ini mengandungi bakteria yang bernama "salmonella". 

Jangan disebabkan nak berjimat sangat duit, sampai ada yang tidak menjaga kesihatan dengan membeli telur sebegini. 

Orang yang berniaga bakeri atau yang seumpamanya, tolonglah fikirkan kesihatan dan nyawa orang lain juga. Jangan nak fikirkan keuntungan saja. Wajib pedulikan keberkatan dalam perniagaan.

Kredit : FB Anne Lyra ( ditaip dan diperbetulkan semula ejaan serta ditambah kosa kata oleh Ahmad Zaki )

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Jangkitan Salmonella disebabkan oleh sekumpulan bakteria Salmonella yang disebarkan dari tinja ( bahan buangan ) dari orang atau haiwan ke orang lain atau haiwan lain. Sumber makanan yang mudah tercemar selalunya berasal dari haiwan atau serangga. Ini termasuklah daging lembu, unggas, makanan laut, susu atau telur.

Kesan sampingan bakteria Salmonella :

Manusia sering dijangkiti melalui air atau makanan yang tercemar. Biasanya orang yang menghidapi jangkitan Salmonella tidak mempunyai gejala yang ketara, namun ada sebilangan orang yang lain akan mengalami cirit-birit, demam dan kekejangan perut dalam masa lapan hingga 72 jam. Sebilangan besar orang yang sihat, pulih dalam beberapa hari tanpa rawatan yang khusus.



Related Posts:

  • Senarai pemain import Liga Super Malaysia musim 2012 Berikut ialah senarai pemain import yang telah didaftarkan untuk kancah bola sepak Liga Super Malaysia musim 2012 : KELANTAN -Mohammed Ghaddar(pemain Lebanon) -Danny Antwi (Ghana) TERENGGANU -Tércio Nunes Machado(Brazil… Read More
  • Hisap rokok = makan racun + babi? Assalamualaikum.... Umumnya mengetahui bahawa rokok mengandungi bahan yang sangat berbahaya seperti TAR, NIKOTIN dan KARBON MONOKSIDA.  Malah asap rokok mengandung lebih kurang 4,000 bahan kimia yang 200 antaranya … Read More
  • Servis komputer di Kampung Tanjung Rimau DalamAssalamualaikum... Untuk makluman anda semua, saya masih lagi menawarkan perkhidmatan servis komputer di Kampung Tanjung Rimau Dalam dan kawasan sekitarnya seperti Pulau Sebang, Padang Sebang dan Gadek. Ketika ini saya leb… Read More
  • Kesan asap rokok kepada perokok serta orang di sekitar Perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang… Read More
  • Lirik dan Lagu Spider - Kita Satu   Kita Satu Seringku bertanyakan Dimanakah hatimu sayang Kian lama ku simpan Bersarang cinta dalam diam Sampai bila harusku pendam Layan cinta dan perasaan Dengan lafaz ku bisikkan Korus Kita telah ditakdir bers… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan