Resipi Kuih Kuba Guling

Resipi kuih tradisional di negeri Kelantan yang dikatakan berasal dari negara Thailand. 

Bahan-bahan :

* 250gm tepung beras

* 200gm gula

* 150gm tepung jagung

* 1/2 sudu makan kapur

* 3 sudu makan tepung beras pulut

* 1/2 cawan santan pekat

* Tempurung bakar (ambil air hitam sahaja dan tapis) - pastikan guna tempurung yang bersih

* 1 liter ( lebih ) air ( tengok atas kepekatan )

* Secubit garam


Cara memasak :

° Masukkan semua bahan diatas ke dalam kuali. Kacau biar sebati dahulu baru buka api.

° Bila dah sebati, buka api sederhana dan masak hingga likat. Pastikan ia sentiasa dikacau.

° Sediakan loyang saiz 8. Sapukan minyak dan tuangkan tepung yang dah siap dimasak tadi.

° Bila adunan dah sejuk, potong dan gulingkan dalam kelapa parut (muda) yang dah digaul dengan sedikit garam.

° Siap dan sedia untuk dinikmati.


Tips penyediaan :

1) Tempurung kelapa yang dibakar haruslah ditumbuk dan dicampur dengan air. Kemudian tapis menggunakan kain bagi mendapatkan airnya.

2) Sebagai ganti, boleh juga menggunakan serbuk arang yang boleh dibeli di kedai bakeri.


Kredit resipi : Tengku Zahara




Related Posts:

  • Keputusan Liga Super Malaysia : 9 Ogos 2022 Tiga perlawanan bola sepak dalam Liga Super Malaysia berlangsung pada hari Selasa, 9 Ogos 2022. Ia melibatkan perlawanan antara Sabah FC dan Sarawak United, NS FC dan Penang FC serta PJ City FC dan Sri Pahang FC.Perlawa… Read More
  • Keputusan Liga Super Malaysia : 31 Julai 2022Tiga perlawanan bola sepak dalam Liga Super Malaysia berlangsung pada hari Ahad, 31 Julai 2022. Ia melibatkan perlawanan antara Sabah FC dan Melaka United, Penang FC dan Sarawak United serta Selangor FC dan Negeri Sembilan FC… Read More
  • Keputusan Liga Super Malaysia | 10 Ogos 2022 Satu perlawanan bola sepak dalam Liga Super Malaysia berlangsung pada hari Rabu, 10 Ogos 2022. Ia melibatkan perlawanan antara Terengganu FC dan JDT. Ini adalah perlawanan yang ke 14 untuk JDT dan yang ke 13 bagi Tereng… Read More
  • Keputusan Separuh Akhir Piala FA Malaysia : 6 Ogos 2022Keputusan perlawanan bola sepak Separuh Akhir Piala FA 2022, melibatkan satu perlawanan antara Terengganu FC dan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.KEPUTUSAN PERLAWANANTerengganu FC menewaskan Selangor FC dalam… Read More
  • Keputusan Liga Super Malaysia | 13 Ogos 2022 Tiga perlawanan bola sepak dalam Liga Super Malaysia berlangsung pada hari Sabtu, 13 Ogos 2022. Ia melibatkan perlawanan antara Melaka United dan Sri Pahang, PJ City FC dan Negeri Sembilan FC serta Terengganu FC dan Sar… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan