Pekerja kilang Kluster Berendam jalani saringan kesihatan

Lebih 8,000 pekerja sebuah kilang di Batu Berendam di sini, akan menjalani ujian saringan Covid-19 dalam tempoh terdekat berikutan terdapat kakitangan mereka dikesan positif wabak itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Melaka Datuk Rahmad Mariman berkata langkah itu diambil kerana berlakunya peningkatan kes positif Covid-19 dalam kalangan pekerja kilang sehingga wujud kluster baharu dikenali sebagai Kluster Berendam.

Katanya, sehingga semalam, kluster Berendam merekodkan 19 kes aktif dan 18 daripadanya sedang dirawat di Hospital Melaka.

"Kluster Berendam melibatkan sebuah kilang bersaiz besar dan sehingga semalam, Jabatan Kesihatan Melaka dengan kerjasama pihak kilang melakukan saringan ke atas 2,118 orang melibatkan 1,892 pekerja dan 226 kontak rapat terdiri daripada ahli keluarga mereka.

"Daripada jumlah itu, 240 kakitangan masih menunggu keputusan ujian saringan hari ini.

dan saringan menyeluruh terhadap semua pekerja kilang itu akan dilakukan," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan Melaka mendapat kerjasama yang baik daripada pihak kilang dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19 dan kos saringan ditanggung pengurusan kilang berkenaan.

Katanya, Jabatan Kesihatan Melaka dan kilang berkenaan juga mencari penyelesaian terbaik bagi mengekang penularan Covid-19 dari Kluster Berendam memandangkan pekerja kilang berkenaan tidak tinggal berpusat seperti di asrama pekerja sebaliknya dari ketiga-tiga daerah di negeri berkenaan.

Beliau berkata fasa pertama Kluster Berendam dikesan selepas salah seorang pekerja kilang tersebut yang baru pulang dari zon merah disahkan positif Covid-19 menerusi saringan wajib dijalankan pihak kilang.

Katanya, penularan dalam kalangan pekerja kilang tersebut dikesan selepas menghadiri majlis sambutan hari jadi di sebuah resort di Alor Gajah, Melaka.


Kredit : Harian Metro (teks) | Bernama (gambar)

Related Posts:

  • Keputusan Liga Super Malaysia : 17 April 2021 Dua perlawanan Liga Super Malaysia telah dijadualkan berlangsung pada 17 April 2021. Bagi perlawanan yang melibatkan Sabah FC dengan UiTM FC, ia bermula pada 9.15 malam dan perlawanan antara Perak FC bertemu K… Read More
  • Apakah manfaat yang terdapat pada kurma ? Kurma amat sinonim dengan bulan Ramadan yang lazimnya menjadi pilihan ketika berbuka puasa. Namun, hakikatnya kurma ini baik untuk diamalkan setiap hari dan bukan hanya di bulan Ramadan sahaja. Malah, air rendaman … Read More
  • Bahaya berbuka puasa dengan merokok✅ Merokok sebaik sahaja berbuka puasa menyebabkan satu kejutan yang dasyat kepada tubuh. Manakan tidak, selepas berpuasa selama 12 jam, tubuh badan memerlukan air, glukosa (gula) dan oksigen untuk menghasilkan tenaga.✅ Kesan … Read More
  • Keputusan Liga Super Malaysia : 18 April 2021 Dua perlawanan Liga Super Malaysia telah dijadualkan berlangsung pada 18 April 2021. Perlawanan ini melibatkan Melaka United dengan Selangor dan Petaling Jaya City bertemu Penang. Kesemua perlawanan bermula pa… Read More
  • Kadar Zakat Fitrah seluruh Malaysia tahun 2021 Di bawah adalah jadual senarai kadar zakat yang perlu dikeluarkan bagi umat Islam di Malaysia untuk tahun 2021, mengikut negeri / kawasan.#urutankakitanjungrimaudalam #urutantanjungrimaudalam #COVID19Malaysia #KitaJagaK… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan