Mengapa dahulu orang putih kata bangsa Melayu pemalas ?

Orang Inggeris bila datang ke Tanah Melayu, mereka sedar orang Melayu memang rajin dan 'pantang duduk diam'. Mereka nampak orang Melayu masuk hutan mencari akar kayu, mengharung laut mencari ikan, meredah sungai mencari bijih dan turun ke bendang membajak sawah.

Waktu senggang di rumah, orang Melayu bertukang, mengayam tikar, menenun kain dan mengait jala. Waktu malam pergi ke masjid, mendengar pengajian dan membaca Yasin. Memang rajin dan penuh dengan aktiviti seharian. Semua ini orang Inggeris nampak dan sedar.

Kalau dibaca kajian pengkaji-pengkaji Inggeris tentang Melayu seperti Crawfurd, Marsden, Raffles, Gardner, Newbold, Woolley, Linehan, Wheatley dan ramai lagi memang jelas menunjukkan bahawa bangsa Melayu dulu adalah bangsa yang rajin dan kreatif.

Tapi kenapa sebahagian orang Inggeris seperti Swettanham mengatakan bahawa Melayu adalah bangsa pemalas? Mudah sahaja jawapannya, kerana orang-orang Melayu enggan menjadi buruh Inggeris, apatah lagi nak menggendong 'kemalasan' Inggeris seperti dalam gambar-gambar ini :







Kredit : Hasanuddin Yusof [ Maktab Penyelidikan Tamadun Alam Melayu dan Islam ]


Related Posts:

  • Makhluk langsing / kayu memanjat bangunan di Russia   Di dalam internet telah tersebar video mengenai makhluk aneh yang seperti "Spiderman" melekat di tepi bangunan flat di negara Russia. Dalam budaya masyarakat Melayu dipanggil sebagai hantu galah, iaitu merujuk … Read More
  • Jenis-jenis ulam di Malaysia   Di Malaysia lebih daripada 120 jenis tumbuhan yang dimakan sebagai ulam yang terdiri daripada pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan tersebut terdiri daripada tumbuhan herba kecil dan melata, jenis semusi… Read More
  • Video motivasi : bijak cari peluang - tak putus asa Mempunyai pendidikan yang tinggi atau tidak, sebenarnya ia bukanlah faktor yang "terlalu" utama untuk seseorang mencapai kejayaan di dalam hidupnya.  Keazaman, usaha dan istiqamah dalam setiap perbuatan yang benar-b… Read More
  • Sepuluh Negara terkaya pada 2013   Berikut adalah nama sepuluh negara paling kaya pada tahun 2013. Negara-negara ini berada di senarai rekod tertinggi daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita yang dicatatkan selaras dengan maklumat yang … Read More
  • Hukum surau atau masjid melaungkan azan menggunakan rakaman suara Azan merupakan salah satu syiar dalam Islam yang disyariatkan sebagai tanda masuk waktu sembahyang fardu. Ia juga adalah satu ibadah kepada Allah Taala yang tidak sah dilakukan kecuali oleh muazzin yang mencukupi syara… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan