Karsten Nitzel - ketua jurulatih pasukan Selangor, untuk kempen Liga Malaysia 2021

 


Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) hari ini mengumumkan pelantikan Karsten Nitzel sebagai ketua jurulatih pasukan Red Giants, untuk kempen Liga Malaysia (Liga M) 2021.

Jurulatih berusia 52 tahun berasal dari Jerman dan pernah bermain untuk pasukan Freiburg di Bundesliga tiba di Malaysia pertengahan bulan lepas dan sudah melengkapkan proses kuarantin ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) minggu lepas.

Dalam satu kenyataan Pengarah Teknikal Selangor Michael Fiechtenbeiner berkata, Nietzal adalah orang yang tepat untuk membawa Selangor ke tahap yang lebih tinggi berikutan pengalaman 10 tahun dalam kejurulatihan, terutamanya menguruskan pasukan Bochum VFL, SV Eleversberg serta membawa Holstein Kiel ke Divisyen dua Liga Jerman.

"Pertamanya, saya kenal beliau (Karsten) dengan baik, kerana beliau pernah bermain untuk saya. Dia seorang pemain tengah yang bagus dan bermain dengan pasukan saya di divisyen dua, sebelum kemudiannya bermain di Bundesliga. Beliau seorang pemain yang kuat,".

"Beliau mempunyai sikap yang bagus, kerja keras dan sentiasa mahu membuktikan diri beliau di Asia. Jadi saya rasa beliau akan mempunyai motivasi bagus menjadi jurulatih di Malaysia untuk Selangor," katanya.

Neitzal sebelum ini adalah pengurus pasukan Divisyen 4 Jerman, Kelab RW Essen sebelum menjadi penasihat kepada SW Essen dan menjadi timbalan ketua jurulatih di Liga Jepun (JLeague) bersama Urawa Reds.

Menurut Feichtenbeiner, Karsten juga mampu untuk membawa bakat baru untuk bermain pasukan utama Selangor.

"Adalah penting untuk projek kami melahirkan pemain sendiri bermain di Liga-M. Jadi kami perlukan ketua jurulatih yang terbuka untuk menggunakan pemain muda. Bukanlah mudah untuk mengambil pemain muda kerana mereka sering melakukan kesilapan, namun Karsten adalah jurulatih yang berani. Jika beliau nampak kualiti yang bagus pada pemain muda, beliau akan berikan mereka peluang," katanya.

Sementara itu, Neitzal tahu bahawa adalah penting untuk beliau mengembalikan kepercayaan peminat Red Giants.

"Tentunya adalah bagus untuk yakinkan orang ramai terhadap kelab dengan memenangi perlawanan. Dalam beberapa minggu lepas, pasukan telahpun mula memberikan pertunjukan yang baik. Saya mempunyai rasa yang bagus (dengan pasukan).

Saya telah tonton banyak perlawanan pasukan utama dan saya rasa, kita mempunyai satu pasukan yang berkualiti," katanya.


Kredit : 

- FAS

- Harian Metro

Related Posts:

  • Result for Malaysia Super League : Saturday , 7 May 2022 KEPUTUSAN PERLAWANANKuala Lumpur City 1 - 2 Sri Pahang32' Mohd. Nor Azam ( Sri Pahang )78'  ( Sri Pahang )86' Paulo Josue ( Kuala Lumpur City )#ligasupermalaysia2022… Read More
  • Malaysia Super League : Friday , 6 May 2022KEPUTUSAN PENUHSarawak United 1 - 2 Negeri Sembilan FC51' Boris Kok ( Sarawak United )65' Herold Goulon ( Negeri Sembilan FC )70' Alves Leandro Matheus ( Negeri Sembilan FC )KDA FC 2 - 3 Melaka United20' Ronald Ngah ( KD… Read More
  • Katanya nak layan tetamu di rumah rupanya layan lelaki lain di luar Seorang pemuda kecewa melihat kekasihnya keluar bersama lelaki lain sedangkan ketika dihubungi dia memaklumkan sedang sibuk membantu ibunya meraikan tetamu yang hadir beraya ke rumah.Menerusi rakaman yang dikongsikan se… Read More
  • JDT vs Ulsan Hyundai FC : AFC Champions League 2022 [ group I ] It's matchday! JDT vs ULSAN HYUNDAI 2022 AFC Champions League Sultan Ibrahim Stadium, Iskandar Puteri 30 April 2022 | 5:00 petangKeputusan PenuhJDT 2 - 1 Ulsan Hyundai5' Leandro Velázquez ( JDT )6' Jun Amano ( Ulsan Hyu… Read More
  • XOX beri duit raya pada warga Perak FC 𝗫𝗢𝗫 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗽𝗲𝗺𝗮𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗙𝗖 𝘀𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗿𝗮𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗿𝗼𝘀𝗲𝘀 𝗱𝗼𝗸𝘂𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗸𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan