Maybank Alor Gajah terpaksa ditutup


Maybank cawangan Alor Gajah ditutup berikutan seorang kakitangannya dikenal pasti mempunyai kontak rapat dengan seorang pesakit dalam siasatan (PUI) COVID-19.

Bagaimanapun, dalam kenyataannya bank itu berkata, kontak rapat berkenaan berlaku di luar bank.

“Selepas menerima maklumat, kami terus menutup cawangan ini untuk menjalankan proses pembersihan rapi dan sanitasi,” katanya.

Bagaimanapun ia tidak menyatakan bila bank berkenaan akan kembali beroperasi.

Sehubungan itu, ia meminta pelanggan bank supaya berurusan di Maybank Cawangan Pulau Sebang dan Cawangan Masjid Tanah, dekat sini.

Tinjauan di bank itu hari ini mendapati masih ada beberapa pelanggan bank mengunjungi bank berkenaan tetapi segera beredar selepas membaca kenyataan yang dilekatkan pada pintu bank.

Pelanggan yang hanya ingin dikenali sebagai Lim dan berusia dalam lingkungan 50-an berkata, beliau tidak tahu bank berkenaan sudah ditutup sejak semalam dan terpaksa ke Maybank Cawangan Masjid Tanah.

Sementara itu Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam kenyatannya berkata, tiada pesakit baharu COVID-19 semalam dan jumlah pesakit positif yang masih dirawat di Hospital Melaka ialah 20.

Selain itu, tiada pesakit sembuh setakat semalam dan tujuh zon kuning di negeri ini ialah Ayer Molek, Cheng, Tanjung Minyak, Batu Berendam, Durian Tunggal, Kelemak dan Chohong.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman dilaporkan berkata, seramai 1,800 individu yang mempunyai kontak rapat dengan Kluster Berendam sudah disaring setakat kelmarin.

Kluster berkenaan direkodkan di mukim Ayer Molek, Cheng dan Durian Tunggal, membabitkan kes saringan kontak rapat daripada kes tempatan.


Sumber : Melaka Hari Ini

Related Posts:

  • Senarai 24 pemain ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya Berikut senarai 24 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, Harimau Malaya di Melaka bermula 14 Ogos ini sebagai persediaan menghadapi tiga perlawanan persahabatan an… Read More
  • Pembunuhan di Sungai Udang, Melaka   Seorang peniaga kafeteria maut ditetak manakala isterinya parah dikelar penyamun yang memecah masuk di rumahnya di Taman Bukit Terendak, Sungai Udang, Melaka. Suspek yang dikenali oleh mangsa, dikatakan telah datan… Read More
  • Liga Super Malaysia 26 Julai 2017 Keputusan penuh enam perlawanan Liga Super Malaysia pada 26 Julai 2017 : Felda United 3 - 1 Selangor Johor DT 2 - 1 Perak Kedah 5 - 0 Kelantan Melaka United 4 - 2 Sarawak FA Penang 2 - 0 Pahang PKNS FC 2 - 1 T-Team … Read More
  • Keputusan Liga Super 15 Julai 2017 Keputusan Penuh enam perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia, yang berlangsung pada 15 Julai 2017 : Felda United 5 - 1 T-Team Johor DT 3 - 1 Sarawak FA Kedah 1 - 1 Selangor Kelantan 0… Read More
  • Piala Malaysia 1 Ogos 2017 Berikut adalah keputusan perlawanan Piala Malaysia yang berlangsung pada 1 Ogos 2017. Felda United 3 - 2 PKNS FC  Johor DT 5 - 0 Terengganu  Kedah 1 - 0 UiTM  Pahang 6 - … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan