Hamdan Atan meninggal dunia

 


Komposer ternama yang juga merupakan bekas penyanyi dan pemain gitar kumpulan Kembara, A.Ali, berumur 71 tahun atau nama sebenarnya Hamdan Atan disahkan meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Semenyih. 

Anak ketiganya, Nur Huda Hamdan, 34, ketika dihubungi berkata, ibunya, Latifah Khamis menyedari bapanya meninggal dunia selepas jasad kaku sekitar pukul 8 pagi, hari 21 November 2020. 

"Pagi tadi, dalam pukul 5 pagi, ayah masih okay dan mak kejutkannya dan memintanya untuk buatkan air kerana mak saya pun tak sihat. 

"Selepas itu, ayah termenung seketika di tepi tingkap. Lepas Subuh, dia baring sekejap dan pagi tadi, lebih kurang pukul 8 pagi, mak saya kejutkannya dan dia sudah tidak ada," katanya kepada Harian Metro. 

Huda berkata, pemergian ayahnya adalah satu kehilangan besar buat keluarga kerana dia tidak pernah menghidap penyakit kronik. 

"Sekarang jenazah masih lagi berada di Hospital Kajang dan kami masih menantikan laporan penuh daripada pihak hospital," katanya.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Semenyih. 

Allahyarham A Ali meninggalkan seorang balu, sembilan anak serta 10 cucu. 

A Ali pernah menganggotai kumpulan Kembara bersama Datuk M Nasir dan S Sahlan pada awal tahun 1980-an dan banyak menghasilkan lagu untuk kumpulan itu serta beberapa penyanyi hebat tanah air. 

Kredit : Harian Metro



Related Posts:

  • Fenomena Aneh - Pokok Petai Menangis Pokok Petai Menangis ?. Itu yang menjadi tajuk perbualan orang ramai di Kelantan apabila sebatang pokok petai di Kampung Binjai, Bunut Susu, Pasir Mas didakwa mengeluarkan air mata dan tangisan seakan-akan kanak-kanak … Read More
  • Gunung Kelud meletus, debu meliputi Yogyakarta & Surabaya Letusan Gunung Kelud, Kediri , Jawa Timur , menimbulkan hujan debu beserta batu . Hujan abu gunung berapi, kesannya juga dirasakan warga Yogyakarta dan Surabaya yang berjarak ratusan kilometer dari Kediri. Di dalam band… Read More
  • Panduan Bisnes Kek Cawan   Ramai antara kita yang bekerja memasang impian untuk bekerja di rumah dan melihat anak-anak membesar di depan mata. Namun, apakan daya keadaan ekonomi keluarga tidak membenarkannya.  Mungkin juga anda tiada i… Read More
  • Bayi berlatih sukan pingpong Potensi manusia sebenarnya belum habis diterokai.  Malah manusia sendiri belum dapat menggunakan potensi otak secara keseluruhannya. Genius terkenal dunia seperti Albert Einstein dikatakan penggunaan otaknya sekitar… Read More
  • Tips memandu ketika hujan atau banjir Terdapat masih  ramai pemandu yang tidak serius mengenai  kepentingan mengamalkan cara pemanduan berhemah ketika di jalan raya. Terutamanya ketika  hujan lebat. Pemandangan kabur tentu sekali menjejaskan … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan