Dari berkerja di atas awan kini berniaga bawah pokok

 


Pandemik Covid-19 ternyata memberi impak kepada seluruh penduduk dunia terutamanya dari segi ekonomi. ‘Serangan’ virus itu melumpuhkan pelbagai sektor termasuk sektor penerbangan yang terpaksa menamatkan perkhidmatan pekerja mereka gara-gara virus ini.

Beberapa syarikat penerbangan terpaksa mengambil inisiatif untuk mengurangkan tenaga kerja mereka termasuklah syarikat  Malindo Airways Sdn Bhd.

Syarikat penerbangan itu dilaporkan bakal menamatkan perkhidmatan sekitar 2,200 pekerjanya atau lebih daripada separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya lapor Sinar Plus.

Keputusan itu ternyata akan memberi kesan yang mendalam kepada pekerjanya kerana kehilangan sumber pendapatan. Namun, untuk meneruskan hidup, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi memastikan dapur sentiasa berasap.

Menerusi satu perkongsian di Facebook,dengan menggunakan langkah kreatif seorang juruterbang menyarungkan seragam kerjanya untuk menjual makanan di gerai miliknya.

Mudah sesuaikan diri dengan jobscope yang berbeza, juruterbang yang dikenali sebagai Kapten Azrin Mohamad Zawawi itu turut menyajikan pelbagai menu menarik seperti mi kari, mihun sup, laksa utara dan rojak buah.

Sungguhpun mempunyai 20 tahun pengalaman sebagai pilot, Kapten Azrin tidak kekok mengendalikan gerainya yang dikenali sebagai Kapten Corner, di BoomTown USJ11.

Perkongsian yang dibuat oleh ayahnya, Mohamad Zawawi Ahmad ternyata mendapat perhatian ramai, yang rata-ratanya mengharapkan segala urusan kapten itu dipermudahkan.

“Semalam, anak saya Kapten Azrin Mohamad Zawawi mengendalikan gerai Kapten Corner miliknya di Boom Town USJ 11 dengan berpakaian seragam lengkap juruterbang.

“Dia tidak akan tahu waktu bila dia bakal menyarung pakaian seragam juruterbang itu lagi kerana tiada siapa yang tahu tentang masa depan industri penerbangan hari ini.

“Kepada semua rakan-rakan, jemputlah datang ke gerainya untuk menikmati juadah enak seperti mi kari, mihun sup, laksa utara dan rojak buah,”

Tahniah kapten, dalam keadaan terhimpit ini tiada apa lagi yang dapat dilakukan melainkan terus berusaha dan tawakal. Semoga semua yang terkesan dengan ‘serangan’ virus ini akan dipermudahkan segala urusan mereka.


Kredit : Lobak Merah


Related Posts:

  • Maybank Alor Gajah terpaksa ditutup Maybank cawangan Alor Gajah ditutup berikutan seorang kakitangannya dikenal pasti mempunyai kontak rapat dengan seorang pesakit dalam siasatan (PUI) COVID-19.Bagaimanapun, dalam kenyataannya bank itu berkata, kontak rapat ber… Read More
  • Lagu Empat Dara versi 2020Lagu "Empat Dara" adalah ciptaan asal oleh Atan Penambang/Ahmad Yusoh dan lirik oleh Ahmad Yusoh sendiri. Ia pernah dirakamkan oleh Ahmad Yusoh sendiri, Noranizah Idris, arwah Datuk Sharifah Aini, S.Roziah, Fadzil Ahmad, Dato… Read More
  • Mengapa dahulu orang putih kata bangsa Melayu pemalas ?Orang Inggeris bila datang ke Tanah Melayu, mereka sedar orang Melayu memang rajin dan 'pantang duduk diam'. Mereka nampak orang Melayu masuk hutan mencari akar kayu, mengharung laut mencari ikan, meredah sungai mencari bijih… Read More
  • Gemuk : bukan sekadar boroi tapi....[INFO] Bukan Sekadar BoroiSila ambil perhatian sekiranya anda memiliki:  ✅ Ukur lilitan pinggang melebihi 35 inchi bagi wanita✅ Ukur lilitan pinggang melebihi 40 inchi bagi lelaki.Ini adalah kerana  lemak aktif… Read More
  • Pekerja kilang Kluster Berendam jalani saringan kesihatanLebih 8,000 pekerja sebuah kilang di Batu Berendam di sini, akan menjalani ujian saringan Covid-19 dalam tempoh terdekat berikutan terdapat kakitangan mereka dikesan positif wabak itu.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan