Resipi Ayam Masak Palembang


Bahan-bahan untuk 1 ekor ayam

Bahan A (dikisar) :

- Bawang besar : 2 biji (sederhana)
- Bawang putih : 5 - 6 ulas
- Halia : besar ibu jari

Bahan B :

- Serbuk kunyit
- Daun kari : 2 - 3 tangkai
- Kicap manis : 1/2 cawan
- Cili blend : ikut pedas ( 2 senduk nasi)
- Asam keping : 2 keping besar
- Santan : 100ml
- Minyak untuk tumis
- Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan :

1. Gaul ayam dengan kunit dan garam. Goreng setengah masak dan ketepikan

2. Panaskan minyak

3. Tumis bawang besar , bawang putih dan halia sampai naik bau

4. Masukkan cili blend

5. Tumis sampai pecah minyak

6. Masukan kicap. Kalau nak lebih hitam tambah kicap pekat

7. Masukkan daun kari

8. Tumis sekejap, masukkan garam dan gula secukup rasa

9. Masukkan asam keping

10. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk

11. Masukkan santan dan gaul perlahan-lahan

12. Biarkan mendidih dan boleh dihidangkan

13. Jika kelihatan kering, masukkan air sedikit



Kredit : Junnaina Husin Chua melalui #MAHN

Related Posts:

  • Resipi Tiramisu Kit Kat Bahan-bahan : Kit Kat 300g sponge finger 5 tbsp gula halus 250g mascarpone cheese 2 kuning telur 550ml heavy cream 200g serbuk koko 1 tbsp serbuk espresso 1 cawan air panas Buah dan bunga yang boleh dimakan (sebagai h… Read More
  • Resipi Mee Goreng Basah Bahan-bahan ( untuk 5 - 6 orang makan )* 600g mee kuning* 2 ekor sotong* 6 ekor udang basah* 3 pokok sawi* 1 sudu besar pes lada kering* 2 sudu besar minyak masak* 1/2 sb sos tiram* 4 sudu besar sos tomato* 1/2 sudu besar … Read More
  • Resipi Lasagna SEJARAH LASAGNA Terdapat tiga teori tentang asal-usul lasagna. Dua daripadanya menyatakan bahawa ia adalah hidangan Yunani kuno. Teori utama ialah lasagna berasal dari Greek iaitu (Laganon) iaitu kunci kira-rata doh past… Read More
  • Resipi Kek Kukus Pelangi Kek Kukus Pelangi Bahan-bahan : 5 biji telur grade A - dari peti ais 200 gram gula kastor 220 gram tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 1 sudu besar ovalette 150 ml susu cair 1/2 sudu kecil garam 100 ml minyak jagun… Read More
  • Resipi Kek Keju Coklat Bahan-Bahan : Kek Coklat (Bahan A) 4 biji telur 90 gram gula pasir 75 gram tepung gandum protein rendah 15 gram serbuk coklat ¼ sudu teh baking powder 75 gram margarine 75 gram dark cooking chocolate (dipotong kecil-kecil… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan