Hukuman bilik putih : siksaan mental dalam diam


Ada satu jenis hukuman yang kedengaran agak pelik tetapi boleh dianggap kejam. Hukuman ini diberi nama Bilik Putih (White Room).

Siksaan bilik putih adalah sejenis penyeksaan psikologi yang mengakibatkan kekurangan deria rasa yang melampau. Menjalani penyeksaan seperti ini menyebabkan tahanan kehilangan akan mengalami masalah ingatan dan seolah kehilangan identiti peribadi melalui tempoh pengasingan yang lama.


(Bilik Putih) White Room

Dalam hukuman ini, seorang pesalah akan diletakkan dalam bilik yang serba putih. Dinding putih, katil putih, lantai putih, baju putih, lampu putih - segalanya putih. Malah, mereka akan ditempatkan dalam bilik yang sangat sunyi dan kalis bunyi. 

Hukuman ini banyak dilakukan di Iran dan memberi kesan buruk kepada psikologi seseorang seumur hidupnya.

Kesan Psikologi Kepada Pesalah

Sekali pandang, mungkin tidak ada yang nampak kejam. Hukuman White Room ini sebenarnya sejenis hukuman yang memberi kesan buruk kepada psikologi seseorang. Ianya akan membunuh deria penglihatan dan pendengaran seseorang. Seseorang yang berada dalam White Room dalam tempoh yang lama akan mengalami kekurangan deria rasa dan mengalami masalah untuk mengingati orang lain.

Kesan daripada hukuman ini biasanya sukar hilang dan mungkin akan menghadapinya seumur hidup!

Salah seorang bekas banduan yang telah menjalani hukuman ini berkata:

“I was there for eight months and after those months I couldn’t remember my father and my mother’s face,” Fakhravar stated. “When they released me from that prison I was not a normal person.”
Terjemahan: Saya telah dipenjarakan selama 8 bulan dan selepas dilepaskan, saya tidak dapat mengenalpasti dan mengecam mak dan ayah saya. Bila mereka melepaskan saya daripada penjara tersebut, saya bukan lagi manusia yang normal.

Selain Iran, beberapa negara di dunia juga pernah menggunakan hukuman ini kepada pesalah. Semasa zaman bekas Presiden George Bush, pihak Amnesty International dan beberapa badan kebebasan manusia pernah mendakwa Amerika Syarikat menggunakan hukuman yang serupa terutamanya kepada pesalah yang ditempatkan di penjara rahsia Guantanamo Bay.

Di Venuezela juga, badan kebebasan manusia melaporkan hukuman yang sama juga pernah dilakukan terhadap banduan. Kebanyakan pesalah yang dikenakan hukuman ini dilaporkan cuba membunuh diri kerana tertekan. Cara ini selalunya digunakan untuk memaksa seseorang itu mengaku kesalahan yang dilakukan tanpa menyeksa mereka secara fizikal.

Sumber : iluminasi.com

Related Posts:

  • Apakah itu Kasturi dan khasiatnya? Kasturi adalah sejenis wangian yang berasal dari dua jenis sumber, iaitu tumbuhan dan haiwan. Akan tetapi dalam artikel ini adalah menceritakan kasturi yang bersumberkan dari haiwan, kerana kasturi yang bersumber dari hai… Read More
  • Proses pengilangan kondom Kondom merujuk kepada alat mencegah kehamilan dan penyakit bawaan seksual (STD) seperti gonorea, siflis and AIDS. Alat ini berfungsi untuk membendung sperma (air mani) daripada memasuki faraj. Kondom pertama diperbuat da… Read More
  • Cari Rezeki online dengan 8Share Pelbagai kaedah dan landasan yang tersedia untuk para pengguna internet terutamanya para "blogger" dan facebooker" untuk menjana pendapatan sampingan yang jika dijalankan dengan kaedah yang betul, insya Allah ia mampu memb… Read More
  • Petua elak nyamuk dari bayi Jika dilihat dan dikaji disekeliling kita, terdapat bahan-bahan dari alam sekitar yang boleh digunakan untuk melindungi kesihatan dan pencegahan penyakit. Bahan-bahan sebegini agak mudah untuk diperolehi dan digunakan se… Read More
  • Rahsia dan Khasiat pokok Beluntas Beluntas merupakan sejenis ulaman yang juga mempunyai fungsi sebagai penawar dalam perubatan berasaskan herba. Di Indonesia jus beluntas digunakan untuk merawat disentri (berak berdarah). Daunnya juga digunakan untuk mer… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan