Tampin dilanda banjir


Hujan lebat berterusan lebih dua jam pada petang hari Isnin (18/09/2017) menyebabkan beberapa kawasan di Pekan Tampin serta penempatan berdekatan dilanda banjir kilat.

Malah, lebih 17 rumah terjejas banjir kilat antaranya 15 di Kampung Dusun, dua di Kampung Keru dan dipercayai beberapa buah rumah di Tampin Tengah, Kampung Pondoi serta Desa Permai Repah juga turut terlibat dalam bencana berkenaan.

Pegawai Daerah Tampin, Mohamed Roduan Ujang berkata, kesemua agensi penyelamat dan berkaitan kini sedang memantau keadaan banjir kilat bagi keselamatan penduduk di kawasan banjir.

“Buat masa ini kita masih belum dapat mengenal pasti jumlah sebenar kediaman yang terjejas. Bagaimanapun, punca banjir kilat kali ini dipercayai susulan hujan lebat luar biasa yang melanda daerah ini dan kawasan berdekatan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

*Sehingga ke saat artikel ini ditaip dan diterbitkan, hujan masih turun renyai-renyai. (11:40 malam)

Gambar semasa banjir sedang berlaku di beberapa kawasan di Tampin, Negeri Sembilan :



  









Related Posts:

  • Mohammad Ashraf dikatakan selesa di alam bunian Pelbagai pihak yang terlibat dalam pencarian Mohammad Ashraf telah membuat kesimpulan. Ada yang kata dia terlanggar anak bunian sehingga berdarah kepala anak bunian, disorokkan oleh puteri bunian dan pelbagai lagi versi ce… Read More
  • Pencuri dibaringkan dalam keranda di Shah Alam Video di bawah ini dikatakan berkenaan dengan kes pecah kereta di Masjid Al-Hidayah, Seksyen 18, Shah Alam waktu solat Jumaat pada 9 November 2018. Sebahagian jemaah telah berjaya menangkap pencuri berkenaan dan memba… Read More
  • Mohd Hafiz Nor Azman meninggal dunia Dukacita dimaklumkan pelumba negara, Mohd Hafiz Nor Azman disahkan meninggal dunia selepas mengalami kemalangan ketika beraksi di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018. Allahyarham yang juga turut beraksi dalam… Read More
  • Konsert Malam Kemuncak Karnival Jambatan Sultan Ismail 2019 #Hebahan #KJSI2019 KONSERT MALAM KEMUNCAK KARNIVAL JAMBATAN SULTAN ISMAIL (KJSI) 2019 🎪🎭🎉🎈 Tarikh: 19 April 2019 📅 Masa: 8.30 Malam ⏱ Tempat: Padang Nyiru, Muar 📍 (berhadapan Menara Jam/Laman Maharani) Pelbagai ak… Read More
  • Budak sekolah akan berkasut hitam tahun 2019 Mulai tahun depan (2019), semua pelajar sekolah tidak lagi perlu memakai kasut berwarna putih, sebaliknya ia ditukar kepada warna hitam. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, peraturan baharu tersebut dibua… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan