Resipi pembuatan cendol di rumah


Cendol ialah sejenis minuman pencuci mulut yang boleh dijumpai di negara-negara Asia Tenggara.

Di Malaysia, sesetengah pembuat cendol telah menghasilkan cendol selama tiga generasi sejak 1920-an sehingga sekarang, satu tempoh kurang lebih 97 tahun. Cendol sangat digemari masyarakat Malaysia kerana cuaca dan iklim negara Malaysia yang panas.

Bahan yang anda perlukan :

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
1 sudu air kapur makan/sireh
2 gelas air daun pandan.
1 besen air batu

Cara membuat :

1. Daun pandan dikisar dan airnya digunakan untuk membancuh kedua jenis tepong yang dicampur dengan air kapur.

2. Bancuhan itu dijerang atas api yang tidak terlalu besar, sentiasa dikacau sehingga likat.

3.  Sediakan sebuah besen yang berisi air batu. Jika anda punya peralatan untuk membentuk cendul, gunakannya, kalau tidak memadai jika masukkan adunan yang dah pekat likat dan kental itu ke dalam plastik tahan panas, kemudiamnya gunting hujungnya dan picitkan ke dalam besen yang air batu tadi.

4. Selepas selesai, ianya boleh disimpan dalam peti sejuk dan digunakan berulang-berulang selagi masih ada.

Related Posts:

  • Resipi Halal Wantan WANTAN Kulit wantan - 125g tepung gandum - 40g tepung ubi - sedikit garam - ¾ sudu besar minyak masak - 100ml air panas mendidih * satukan kesemua bahan kering * masukkan minyak dan air panas kemudian uli sampai doh tida… Read More
  • Resipi Roti Hotdog Kukus Berkeju Hidangan yang mudah, ringkas, lazat dan mengenyangkan ! Selamat Mencuba Bahan-bahan : 1. Roti Hotdog 2. Ramly Frankfurter Lembu / Sosej * untuk yang terbaik, gunakan jenama Ramly * nak pakai ayam pun boleh ikut cita… Read More
  • Resipi Aiskrim Puding Bahan-bahan : - 1 tin susu pekat (gunakan separuh) - 1 tin susu cair - 1 botol air mineral 1.5 liter - Secubit garam - Puding buah / sumi / jelly  Cara-cara membuat : 1. Masak semua bahan-bahan kecual… Read More
  • Resipi Pau Sambal gebu Bahan adunan doh Pau: -400 g Tepung gandum ( 4 cawan tepung) -1/2 peket Yis mauripan yang telah dikembangkan dengan air suam -2 sudu gula pasir -1 sudu majerin -2 sudu susu tepung -Sedikit garam -Sedikit air untu… Read More
  • Resipi Biskut Susu Alien Ini merupakan biskut yang telah popular di kalangan pengguna Facebook pada beberapa minggu lalu. Ia sebenarnya sekadar "biskut raya" yang dibuat dengan bentuk seperti kepala makhluk asing (alien) 😅😄😒 Bahan-bahan : - B… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan