Keadaan terkini surau di The Shore


Hari ini ( 23 April 2017 ) saya telah singgah semula ke surau di dalam bangunan "The Shore" yang terletak di Jalan persisiran Bunga Raya, Melaka. Ia berhampiran dengan Plaza Hang Tuah (Ocean).

Bangunan ini menggabungkan pusat beli belah, hiburan dan hotel dalam satu tempat.

------------------------------

Pada bulan Januari 2015, saya telah datang ke surau The Shore buat pertama kali dan telah membuat artikel mengenai keadaan surau pada masa itu ( untuk membaca artikel berkenaan, klik di sini )

Apa yang boleh saya maklumkan di sini bahawa keadaan suraunya bertambah baik dan pihak pengurusan "seolah-olah" membaca ulasan saya di dalam artikel yang saya terbitkan dalam blog ini. 

Dalam artikel berkenaan, saya ada menyarankan agar pihak pengurusan membuat semakan rujukan dari pihak berkuasa di Melaka berkenaan dengan penentusah arah kiblat Dan kini mereka telah memaparkan sijil perakuan penentusah arah kiblat.


Malah surau untuk lelaki telah dipindahkan ke kawasan yang lebih luas ( dalam kawasan yang sama ). Sebelum ini surau lelaki bersebelahan dengan surau untuk perempuan dan hanya dipisahkan dengan langsir tebal yang dijadikan tirai pemisah.

Hadapan surau untuk jemaah lelaki

Berikut adalah suasana di dalam surau untuk jemaah lelaki. Keadaan lebih selesa dengan ruang solat yang lebih luas dan berpenghawa dingin :


Tempat ambil wudhu'


Ruang letak sejadah, kain sarung dan cermin :


Ruang solat :

  


Related Posts:

  • Apa kaitan 1 Mei dengan bangsa Yahudi Terdapat banyak peristiwa sebenarnya yang berlaku pada 1hb Mei ini, tetapi artikel ini khusus untuk memilih peristiwa-peristiwa yang berkaitan Yahudi sahaja. Apabila kita membuat perkaitan fakta di situ akhirnya dapat … Read More
  • Tayar kereta dikunci? Jangan risau... Mungkin ada yang mengalami keadaan seperti pada gambar di atas. Tayar dikunci oleh pihak berkuasa tempatan ataupun pengurusan sesuatu tempat lantaran anda melakukan kesalahan tertentu. Biasanya mereka yang mengalami si… Read More
  • Peraturan baharu untuk pengguna khidmat e-hailing di Malaysia Kementerian Pertahanan Malaysia telah mengeluarkan peraturan baru sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Kedua yang bermula pada 1 April sehingga 14 April 2020 bagi memastikan kita dapat menamatkan penyebaran pa… Read More
  • Jual Nasi Lemak : ok ke bisnes ni? MENJUAL NASI LEMAK ADALAH SEKADAR SALAH SATU CONTOH PERNIAGAAN KECIL YANG BERPOTENSI BESAR. IA ADALAH GAMBARAN KASAR. BUAT KAJIAN TENTANG NASI LEMAK AGAR ANDA DAPAT MENGUASAI SELERA BAKAL PELANGGAN ANDA. Bermula dari nasi… Read More
  • Push Pocket - style baru jenayah terancang Bak kata pepatah, "orang lain makan nangka, orang lain pula terkena getahnya". Begitulah yang boleh dikaitkan dengan isu yang saya kongsikan kali ini. Berikut adalah kisah yang dikongsikan di beberapa aplikasi dan lama… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan