Video pengakuan pemandu teksi tentang keadaan Pulau Pinang pada Chef Wan


Kerajaan yang baik sentiasa akan dipromosikan oleh pelancong yang melawat negara tersebut, kata Chef Wan dalam laman Instagramnya.

Chef Wan atau nama sebenar, Redzuawan Ismail pada semalam telah berkongsikan sebahagian kecil rakaman video perbualan bersama pemandu teksi yang menceritakan perbezaan pentadbiran Pulau Pinang dibawah kerajaan sekarang berbanding pentadbiran Pulau Pinang dibawah kerajaan terdahulu. 

Menurut pemandu teksi tersebut, pelancong memuji kerajaan Pulau Pinang yang lebih bersih dan menjaga bangunan-bangunan lama berbanding suatu waktu dahulu. Terlalu banyak perubahan di Pulau Pinang pada masa sekarang.

Pemandu tersebut menjawab kepada soalan Chef Wan yang bertanyakan tentang pendapat pelancong mengenai kerajaan negeri Pulau Pinang ketika melawat di negeri itu. Chef Wan juga menjelaskan bahawanya apa yang penting bagi rakyat ialah mereka mahukan perubahan dan yang terbaik untuk kepentingan rakyat walau siapa pun yang memerintah.

Ketika ditanyakan tentang penilaian rakyat terhadap pentadbiran Pulau Pinang, pemandu itu sekali lagi menjawab rata-rata rakyat berpuas hati pada pentadbiran masakini.

Chef Wan turut menulis bahawanya sikap perkauman yang dimainkan oleh sesetengah ahli politik terlalu meloyakan dan membantutkan usaha melakukan perubahan yang terbaik ke atas negara.

Jika anda jujur dan benar-benar mahu bawa perubahan kepada negara ini anda pasti akan melakukan tak kisah la dengan propaganda apapun dikalangan ahli politik pada hari ini. Naik meluat. Saya tak kiri tak kanan. "Saya sayang negara saya, bangsa dan agama saya dan saya tak pandai simpan dendam serta iri hati", katanya lagi.

Rata-rata respon yang diterima beliau di status Instagran berkenaan turut menyokong kenyataan yang disampaikan oleh Chef Wan itu.

Video :




Credit to : otaibersih

Related Posts:

  • Wartawan TV3 tersasul - BN cuba menipu semasa pilihanraya Telah terjadi beberapa siri wartawan stesyen televisyen yang sempat dirakamkan ketika mereka terbuat silap seperti tersasul ketika sedang bersiaran langsung di televisyen.  Kali ini ianya terjadi kepada wartawan pen… Read More
  • KPDNKK : Senarai barang kawalan jadual 1 dan 2 Urusniaga barang-barang kawalan berjadual memerlukan lesen yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan. Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan di dalam Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan din… Read More
  • Pengakuan bekas rakan sekolah Jep dan Mamat Berikutan dengan keluarnya Mamat dari kumpulan pelawak Sepah dan secara terlangsungnya menjadikan Sepah sebagai "Sepahtu", ada seorang yang kononnya bekas rakan sekolah Jep dan Mamat membuat luahan  perasaan dalam f… Read More
  • Cara penyokong Red Warriors rai kemenangan   TAHNIAH kepada pasukan bola sepak Kelantan kerana berjaya memadamkan kelebihan agregat milik Johor Darul Takzim (JDT) dengan kesudahan agregat 8-5 dalam saingan suku akhir kedua Watsons Piala Malaysia di Stadium Su… Read More
  • Jambatan Hang Tuah jadi lokasi maksiat Laluan bawah Jambatan Hang Tuah Pemandangan serta lanskap di tepian Sungai Melaka cantik dan menarik untuk dijadikan sebagai lokasi untuk berjoging atau bersiar-siar menenangkan fikiran terutamanya di waktu petang atau ma… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan