Mengapa F1 tidak akan dianjurkan lagi di Litar Sepang?


Berikut merupakan jawapan kepada persoalan mengapa perlumbaan Formula 1 tidak akan dianjurkan lagi di Litar Sepang :


"KABINET telah bersetuju untuk menamatkan kontrak penganjuran perlumbaan Formula One (F1) bermula tahun 2018, memandangkan pulangan menurun yang semakin ketara kepada negara berbanding dengan kos penganjuran kejohanan tersebut, kata Perdana Menteri," Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, keputusan ini dibuat setelah mengambil kira laporan dan pandangan daripada Sepang International Circuit (SIC) mengenai impak kewangan acara F1 ini kepada semua pihak-pihak berkepentingan.

"Kerajaan terpaksa menanggung kos penganjuran yang sangat tinggi setiap tahun. Namun begitu, pulangan daripada menganjurkan kejohanan ini semakin berkurangan dari segi penonton, pengunjung dan jumlah kedatangan pelancong asing semasa perlumbaan berlangsung sejak beberapa tahun yang lalu," katanya dipetik dalam blognya NajibRazak.com.

Mengulas lanjut, Najib berkata, pada tahun 1999 hanya 16 buah negara menjadi tuan rumah kepada perlumbaan berprestij ini termasuk dua negara Asia, tetapi ianya kini telah meningkat kepada 21 buah negara dengan enam negara Asia, sekali gus mengakibatkan penurunan pulangan kepada penganjur dan negara.

"Penamatan penganjuran ini akan membolehkan Kerajaan meningkatkan pembiayaan dalam sukan permotoran bagi pembangunan bakat, infrastruktur, pemindahan kemahiran dan pengetahuan.


"Kerajaan juga akan menggunakan peruntukan yang ada bagi kegunaan perlumbaan lain seperti MotoGP dan Go-kart, membina litar perlumbaan khas di Sungai Petani, menaik taraf kemudahan di SIC di samping membantu pemandu profesional negara menjadi pemandu F1," katanya lagi.

Dalam pada itu, katanya Litar Sepang akan terus memainkan peranan penting dalam usaha kita mempromosi Malaysia di peringkat antarabangsa. Ia akan terus menjadi tuan rumah kepada acara sukan permotoran utama seperti MotoGP dan banyak lagi perlumbaan bertaraf nasional, serantau dan antarabangsa yang akan terus menarik pengunjung ke Malaysia.

"Meskipun begitu, Petronas akan meneruskan penajaan ke atas Pasukan Mercedes AMG Petronas dalam perlumbaan F1 sebagai strategi pemasaran syarikat berkenaan," katanya.

Sementara itu, katanya kerajaan Malaysia sedia maklum dan mengakui sokongan yang telah diberikan oleh Formula One Management (FOM) sepanjang penganjuran perlumbaan tersebut di negara ini sejak 19 tahun yang lalu.

"Saya juga ingin menzahirkan setinggi penghargaan atas persefahaman serta persetujuan FOM yang bersetuju perlumbaan F1 2017 di Sepang menjadi perlumbaan terakhir di litar tersebut," katanya.

Related Posts:

  • Video gadis cuba bunuh diri di KB Mall Kelantan Assalamualaikum... Beginilah yang terjadi seandainya tidak diterapkan dengan kefahaman Islam sejak dari awal kanak-kanak.  Budaya keIslaman di rumah semakin sepi dari menjadi amalan.  Ditambah lagi dengan tiadanya… Read More
  • Segmen Satu Gambar Bercerita : KasutAssalamualaikum... Pada kali ini saya memperkenalkan segmen khas untuk berkongsi cerita disebalik gambar terpilih yang dipaparkan dalam blog ini.  Ada masanya hanya dengan gambar sahaja, pelbagai penceritaan boleh diwuj… Read More
  • Segmen Satu Gambar Bercerita : KekAssalamualaikum.... Segmen kali ini bertemakan kek.  Selalunya kek akan menjadi sajian pilihan dalam jamuan atau majlis tertentu seperti sambutan ulangtahun kelahiran, ulangtahun penubuhan organisasi atau syarikat dan j… Read More
  • Kursus koperasi di Hotel Suria City Johor Bahru Assalamualaikum.       Lama juga tak tidur di hotel.  Seingat saya kali terakhir tidur di hotel ialah pada pertengahan tahun 2010.  Dan hajat sekali lagi untuk tidur, makan, errrhemm2 dan mengg… Read More
  • HootBar : transformasi jenama TwitterBar Assalamualaikum... Pasti ramai yang sudah mengenali aplikasi web Twitter, namun masih ramai juga yang tidak memasang aplikasi tambahan TwitterBar pada pelayar internet (web browser) di komputer masing-masing. TwitterBar ad… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan