Terima Kasih Ultras Malaya


Segalanya sudah tamat pada 29 November 2014 lalu.  Malaysia telah menewaskan Singapura dengan keputusan tiga gol berbalas satu.  Sememangnya ia suatu perlawanan yang rancak dan mendebarkan bagi penyokong dan peminat Harimau Malaya. Kejayaan melayakkan pasukan ke peringkat separuh akhir AFF Suzuki Cup 2014 pada 7 Disember 2014 amat melegakan perasaan rakyat Malaysia.

Namun seperkara lagi yang membanggakan ialah penyokong Harimau Malaya yang ditunjangi oleh Ultras Malaya dilihat amat berkesan dengan sorakan berirama dan nyanyian pembakar semangat untuk pemain yang mewakili Malaysia, diberikan tanpa jemu berterusan hatta selepas perlawanan tamat, mereka masih lagi memberi sokongan.

Malah salah seorang admin laman web Singasports.com telah menggariskan faktor sokongan dari Ultras Malaya telah menjana sokongan moral untuk pemain Harimau Malaya yang dilihat sorakkan dan nyanyian mereka lebih kedengaran dan kuat jika dibandingan dengan rakyat Singapura yang jauh lebih ramai dari kelompok penyokong Malaysia ini tetapi kurang patriotik.  

Admin laman web itu juga menyatakan rakyat Singapura yang datang pada perlawanan itu bukannya penyokong sebaliknya hanyalah semata-mata sebagai penonton yang hadir membayar tiket untuk menyaksikan sesuatu perlawanan secara langsung sambil memakan popcorn serta memakai jersi kelab eropah.




Related Posts:

  • Video "Macam Puki" - Carut Dollah Salleh Menjadi kebiasaan selepas tamat perlawanan bola sekepakan, para jurulatih, pemain simpanan dan pegawai pasukan berjalan menuju ke tempat rehat pemain pasukan lawan untuk bersalaman. Namun ketika Zainal Abidin Hassan yang … Read More
  • unifi Liga Super Malaysia - 22 Februari 2019 Berikut adalah keputusan perlawanan ke empat dalam unifi Liga Super Malaysia yang melibatkan empat pasukan iaitu PJ City FC bertemu Kedah serta Kuala Lumpur bertemu Terengganu FC : KEPUTUSAN PENUH PJ City FC 0 - 2 Kedah 7… Read More
  • Keputusan Liga Super Malaysia : 15/02/2019 Terdapat satu perlawanan berlangsung pada malam ini yang melibatkan pasukan Terengganu dan JDT. Manakala perlawanan pasukan Kuala Lumpur dan Perak yang sepatutnya berlangsung juga pada malam ini ditunda ke tarikh lain ber… Read More
  • Keputusan Unifi Liga Super Malaysia : 10 Februari 2019 Ini merupakan keputusan perlawanan tunggal bagi aksi kedua Liga Super Malaysia 2019 yang menemukan pasukan bola sepak Felda United dan PKNP (Perbadanan Kemajuan Negeri Perak) di Stadium Tun Abdul Razak, Pahang KEPUTUSAN P… Read More
  • Keputusan unifi Liga Super Malaysia : 23 Februari 2019 Berikut adalah keputusan tiga perlawanan bola sepak unifi Liga Super Malaysia 2019 yang berlangsung pada 23 Februari 2019 : KEPUTUSAN PENUH Johor DT 2 - 1 Melaka United 35' Johor DT 42' Johor DT 74' Melaka Unit… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan