Belia China lawat Masjid Kampung Hulu


Pada 8 November 2014 (Isnin), satu lawatan persatuan belia dari negara China telah berkunjung ke Masjid Kampung Hulu, Melaka.  Ia adalah sebagai timbal balik lawatan belia dari Malaysia ke negara "tembok besar" itu sebelum ini.  Mereka dalam rangka lawatan ke beberapa buah negeri dan Melaka adalah salah satu dari destinasi lawatan mereka.

Kunjungan mereka telah disambut oleh jawatankuasa Masjid Kampung Hulu, Majlis Agama Islam Melaka, Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (cawangan Negeri Sembilan).

Mereka diberikan taklimat ringkas mengenai Masjid Kampung Hulu dengan bantuan penterjemah ke dalam Bahasa Cina. 

Seramai 120 orang belia China terlibat dalam rombongan ini dan ada antara mereka yang bukan beragama Islam.  Setelah mereka meninjau-ninjau kawasan sekitar masjid dan bergambar, mereka kemudiannya menjamah makanan dan minuman yang disediakan, sebelum berangkat ke destinasi lain.

 


*Kebetulan saya masih ada di masjid berkenaan selepas solat zohor semasa rombongan dari China ini sampai, maka saya secara tidak langsung jadi wartawan media bagi pihak Masjid Kampung Hulu.



Related Posts:

  • S Shamsuddin (Pelakon era 1950-an) telah meninggal dunia pada hari ini   Pelakon veteran popular filem Melayu era tahun 1950-an (era P.Ramli) dan pelawak S Shamsuddin (84 tahun) telah meninggal dunia di rumahnya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura pada pukul 10.56 pagi hari ini, se… Read More
  • Download Takwim Penggal Persekolahan 2014 Melalui artikel pada kali ini, anda boleh download Takwin Penggal Persekolahan Malaysia bagi tahun 2014.  Ia merangkumi Kumpulan A iaitu sekolah-sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. Manakala Kumpulan B… Read More
  • Kecoh Stacy sudah bersyahadah, ye ke?   Gempar apabila dikhabarkan juara Akademi Fantasia musim ke-6 ini telah pun memeluk agama Islam dan bertukar nama kepada Nur Aisyah Rabiah. Difahamkan dalam sebuah blog, Stacy telah  memeluk agama Islam ke… Read More
  • Haiwan lebih prihatin dari manusia? Dalam gambar di atas menunjukkan satu kejadian yang berlaku di luar negara, namun tidak dipastikan di negara mana.  Memperlihatkan sekumpulan anjing yang dipercayai milik lelaki yang terbaring di tengah jalanraya yan… Read More
  • Video sejarah tragedi Highland Towers Dalam kejadian runtuhan bangunan Blok A Highland Tower yang berlaku pada 11 Disember 1993, Shizue Nakajima warga negara Jepun dijumpai terlebih dahulu tetapi akhirnya meninggal dunia dalam proses rawatan sehari selepas d… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan