Maklumat lanjut kes letupan di Gurun, Kedah


24 Disember 2014 - GURUN : MAKLUMAT LANJUT KES LETUPAN -Tiga maut manakala tiga lagi parah selepas sebuah rumah digegarkan dengan bahan letupan yang sebenarnya bukan berpunca dari tong gas tetapi dipercayai sejenis bom tangan dalam kejadian di Taman Mesra Ria, yang menyebabkan 10 buah rumah rosak teruk manakala 34 lagi rumah mengalami kerosakan kecil.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, mangsa, seorang anggota tentera, Ayub Hashim, 37, maut selepas tercampak sejauh kira-kira 17 meter dipercayai berpunca dari rumahnya.

 
  

Turut maut anaknya, Nur Idayu Shahira, 8, manakala isterinya, Sharifah Haslinda Hashim 37, dan anak mereka, Mohd Idham Shahmi, 5, cedera parah dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH). Selain itu turut maut anak jiran mangsa, Mohd Akif Lokman Mohd Shahrizal, 5, manakala ibunya, Zuraidah Mat Rotbi, 30, cedera parah akibat letupan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Nashir Ya pada sidang media sebentar tadi mengesahkan kejadian itu dan anggota tentera itu dipercayai menyimpan sejenis bom tangan di rumahnya. "Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mati mengejut," katanya.



Sumber : RTM / Astro

Related Posts:

  • Fakta mengejutkan mengenai pesawat MH370 Seperti pada gambar di atas dan nota di bawah, ia dikongsi melalui Instagram berkenaan dengan beberapa fakta berkaitan dengan nahas kehilangan pesawat penumpang Boeing 777 MH370, Malaysia Airlines. "semalam 8/3/2014… Read More
  • Anwar Ibrahim dan Wan Azizah kemalangan! Dato Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah terlibat dalam satu kemalangan kecil di Desa Sri Hartamas jam 10 malam tadi (13 Mei 2014).  DS Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan… Read More
  • Pesawat AirAsia AK 278 kemalangan Sebuah pesawat AirAsia dilapor tergelincir ketika sedang melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei petang 7 Julai 2014. AirAsia turut mengesahkan terdapat insiden membabitkan Penerbangan AK 278 di lap… Read More
  • Cerucuk besi menembusi pipi kanak-kanak   "harapkan penutup longkang, penutup longkang tak boleh diharap"  SEORANG murid lelaki berusia 10 tahun tercucuk besi longkang sehingga menembusi pipinya dalam kejadian di SRK Sacred Heart, Kota Kinabalu, Sab… Read More
  • Murid TADIKA lemas dalam kolam kumbahan Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia selepas van dinaiki terjatuh ke dalam kolam kumbahan. Kejadian berlaku di Jalan Pertanian 40, Taman Universiti pada pukul 1130 pagi, 14 April 2014. Ketu… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan