UnderTaker (WWE) tahu menghormati ulama


World Wrestling Entertainment, Inc. (WWE) adalah sebuah syarikat awam di Amerika Syarikat, syarikat hiburan dikawal oleh pihak  persendirian yang menjurus kepada bidang hiburan terutamanya dalam gusti profesional, dengan sumber-sumber pendapatan utama juga datang dari filem, muzik, pelesenan produk, dan produk jualan langsung. Diasaskan oleh Jess McMahon dan Toots Mondt pada tahun 1952, ia kini merupakan promosi gusti profesional terbesar di dunia, mencapai 13 juta penonton di Amerika Syarikat dan penyiaran menunjukkan kepada lebih daripada 145 buah negara.

Manakala Ulama (علماء, ditransliterasikan sebagai ‘Ulamā’) ialah seorang wakil atau pemimpin agama yang bertugas untuk membimbing dan memandu umat Islam baik dalam masalah-masalah agama mahupun masalah sehari-hari yang diperlukan baik dari sisi keagamaan ataupun sosial kemasyarakatan.

Ulama berasal dari perkataan alim yang bermaksud ilmuan islam atau seseorang yang tinggi ilmu pengetahuan terutama tentang hal ehwal agama dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. Seorang yang alim juga dilihat dari sudut pakaian dan kehidupan luarannya. Seorang ustaz atau tok guru selalu dilabel sebagai alim kerana mereka memiliki ilmu ukhrawi berbanding ilmu duniawi. Mufti, qadi, faqih dan muhaddith adalah contoh ulama.

Namun dikala negara kita sudah lama merdeka, yang kononnya bebas dari penjajah, ada pihak yang tidak tahu dan buat-buat tak tahu cara menghormati golongan agama. Ada yang sanggup menghina ulama dengan pelbagai tuduhan dan cerita yang menjatuhkan maruah golongan berkenaan, malah ada yang lebih berani dengan menghina Nabi dan hukum Allah SWT seperti kata-kata "dulu orang bela janggut dan tak cukur sebab tak ada Gillette" serta "jika hudud dilaksanakan, maka akan ramai rakyat Malaysia yang kudung". Ia bukanlah diucapkan oleh pemimpin pihak pemerintah yang kafir (cina,india atau lain-lain bangsa yang bukan beragama Islam), tetapi mereka yang dilihat sebagai Melayu dan Islam sendiri.

Mereka telah terpengaruh dengan "ajaran tuan penjajah" mereka bahawa agama mesti dipisahkan dari urusan dunia (urusan pentadbiran / politik). Mungkin sebab ini jugalah yang menyaksikan negara Malaysia yang sudah lebih dari 50 tahun merdeka tetapi tidak ada usaha ke arah menyerapkan sepenuhnya undang-undang Hudud ke dalam perlembagaan negara, walaupun kononnya lagi negara ini diiktiraf sebagai negara Islam.

Berbeza pula yang dipertonjolkan oleh penggusti profesional iaitu terkenal dengan gelaran "UnderTaker" atau nama sebenarnya "Mark William Calaway", dilahirkan pada 24 Mac 1965. Melalui akaun laman facebook, beliau ada berkongsikan gambar yang pada saya sangat menarik perhatian, yang diambil pada 31 Julai 2004 (seperti yang tertera pada gambar).

Kelihatan beliau berada di dalam kapal terbang berjabat tangan dan memberi tanda hormat kepada seseorang yang dilihat dan dipercayai sebagai seorang ulama atau paling tidakpun boleh dipanggil sebagai orang alim. 'Orang alim' berkenaan turut ditemani dua orang sahabatnya. (jika ada maklumat terkini mengenai gambar ini, saya akan mengemaskinikannya).

Related Posts:

  • Lepas geram atau ......? Assalamualaikum... Dari sumber yang diperolehi, tidak dapat mengesahkan tempat kejadian ini.  Nampak gaya macam berhampiran dengan kawasan rekreasi je.  Penjaja jalanan ini dengan "sempoi" menjual hasil jajaannya … Read More
  • Laman web FAM jadi sasaran hacker'sAssalamualaikum.. Sebelum ini dikhabarkan laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia ( Football Association of Malaysia ) jadi sasaran penggodam dari Indonesia sempena perlawanan akhir Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indone… Read More
  • Andainya aku punya waktu... Aku telah menyaksikan jasa yang ditinggalkan oleh arwah datuk aku sebelum dia meninggal dunia. Aku juga telah melihat tanda-tanda ahli syurga pada arwah nenek aku sebelum dan selepas dia meninggal dunia. Aku masih dapa… Read More
  • Salam Aidiladha 1431 Hijrah - Erti pengorbanan di MalaysiaAssalamualaikum.... Hari ini kita menyambut perayaan yang juga penting dalam agama Islam.  Tetapi apabila saban tahun Malaysia dan negara Islam lain menyambutnya, apakah rakyat memahami erti disebalik sambutan tersebut?… Read More
  • Segmen Satu Gambar Bercerita : Duit Syiling  Assalamualaikum.... Inilah yang dikatakan "Sikit-sikit, lama-lama penuh satu tin....".  Kalau bawa ke bank, sekali letak atas kaunter daa..., erm... mesti semua orang yang nampak terkejut baboon....… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan