10 perkara yang mungkin isteri suka suami buat


Dalam hubungan suami dan isteri, tiap seorang dari mereka perlulah prihatin akan keperluan zahir dan batin pasangan.  Apabila menyebutkan hal ini, tidak semestinya hanya menjurus terutamanya kepada hubungan seks semata.  

Ada pelbagai perkara lain yang selama ini mungkin terlepas pandang dalam kehidupan berumah-tangga.  Perkara yang dilihat mudah tetapi ianya dapat memainkan peranan besar dalam mencipta kebahagiaan hidup bersama.

Berikut di bawah adalah kemungkinan perihal yang pihak isteri inginkan suaminya membuat perkara-perkara tertentu, iaitu :

1. Saya suka suami turut bantu saya dengan kerja-kerja rumah selepas balik kerja

2. Saya suka bila suami pesan dan doakan saya sebelum pergi kerja

3. Saya suka suami hantar (dan ambil) saya ke tempat kerja

4. Saya suka suami cium saya bila nak pergi kerja dan bisikkan "I Love You Sayang"

5. Saya suka suami membelai dan mengurut badan saya selepas seharian stress dan letih bekerja

6. Saya suka sekali sekala suami bawa saya makan "candle light dinner" di restoran yang menarik

7. Saya suka bila suami ingin luangkan masa mendengar masalah saya di tempat kerja

8. Saya suka bila suami peluk saya apabila ingin tidur

9. Saya suka bila suami sms/whatsapp ayat-ayat cinta tanda ingatan kepada saya sewaktu kerja

10.Saya suka setahun sekali suami bawa saya bercuti ke pusat peranginan yang menarik.



**agaknya sampai bila hubungan romantik dapat diteruskan? mungkin ia kelihatan remeh tetapi berperanan besar dalam penentu kebahagiaan...

**sebenarnya ia lebih dari 10.., bergantung pada keadaan diri masing-masing...

Related Posts:

  • Teruskan perjuangan saya selepas saya tiada : Tuan Guru Nik Aziz Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat merupakan bekas Menteri Besar Kelantan. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PA… Read More
  • HARAM BERKAHWIN WANITA SATU PEJABAT : Benarkah? Falsafah Perkahwinan Dalam Islam Firman Allah S.W.T : 'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.… Read More
  • Petua memilih perniagaan berbilang aras (MLM) Assalamualaikum... Ada dikalangan kita yang "alahan" pada bisnes MLM.  Terjadinya hal ini kerana teknik pendekatan yang digunakan oleh agen yang menjalankan bisnes tersebut dalam mempromosikan sesuatu bisnes MLM … Read More
  • Merdeka tapi makin lesu Saban tahun negara kita menyambut ulang tarikh kemerdekaan. Tahun ini sudah masuk tahun ke 56 Malaysia mencapai kemerdekaan.  Iya, kita harus bersyukur atas perolehan kemerdekaan ini. Ada jalan raya, lampu jalan, da… Read More
  • 10 perkara yang mungkin isteri suka suami buat Dalam hubungan suami dan isteri, tiap seorang dari mereka perlulah prihatin akan keperluan zahir dan batin pasangan.  Apabila menyebutkan hal ini, tidak semestinya hanya menjurus terutamanya kepada hubungan seks se… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan