Petua untuk isteri sentiasa bahagia dan cantik

 

Setiap pasangan suami isteri pasti mengharapkan kebahagiaan di dalam perkahwinan mereka. Namun ia tidak semudah yang diucapkan dan kebahagiaan juga tidak akan datang dengan mudah. Untuk memastikan rumahtangga bahagia, pasangan perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh serta memberikan kerjasama yang berterusan.

Pada artikel kali ini saya  ingin kongsikan petua yang digalakkan untuk dicuba oleh seorang isteri bagi "menambat" dan mengukuhkan kerukunan rumah tangga agar ia sentiasa membahagiakan dan menceriakan hidup.  Insya Allah perbuatan yang baik akan beroleh kebaikkan yang diharapkan.  Apabila isteri sudah secantiknya pada zahir dan batinnya, maka pada suami yang ikhlas menikahi isteri itu akan menyayangi isteri dengan sepatutnya...

Petua untuk isteri sentiasa bahagia dan cantik :

1. Selepas solat Isyak, ambil air segelas, baca surah Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan  Al-Waqiah ayat 35-37 sebanyak 7 kali.

Terjemahan Al-Waqiah :

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa (Al-Waaqi'ah -56:35)

Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (Al-Waaqi'ah-56:36)


Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Al-Waaqi'ah 56:37)

(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan (Al-Waaqi'ah 56:38)


2. Tiup dalam air dan minum.

 
3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Related Posts:

  • 8 Perkara Haram Dalam Bisnes Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia. Ia merupakan ibadah dan juga sunnah rasul SAW. Bagi mereka yang melaksanakan aktiviti peniaga dengan amanah, mereka turut dijanjikan balasan syu… Read More
  • Ucapan Dealer OneXOX sempena kemerdekaan Malaysia ke 59 Tahun Assalamualaikum.... Saya Dealer dari Alor Gajah Melaka (DYSD21131) mengucapkan salam merdeka sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke 59 tahun. Sejak sekian lama, selepas negara pasca mer… Read More
  • Sedekah dari usahawan Salam sejahtera... Pada artikel ini saya kongsikan hasil nukilan seorang usahawan yang menggunakan media internet sebagai landasan utamanya untuk menjalankan perniagaan.  Beliau (gambar di atas) ialah bernama … Read More
  • Microsleep : bahaya kepada pemandu kenderaan Pernahkah anda mengalami keadaan di mana semasa anda sedang memandu, anda terlelap, hilang tumpuan atau sebagainya dan apabila anda tersedar, anda sudah begitu rapat dengan kereta di depan anda, dihon oleh kereta lain ker… Read More
  • Akibat membiarkan anak sendirian di dalam bilik Seorang ibu muda terkejut ketika menemukan anaknya yang berusia tiga tahun tak bergerak di tempat tidurnya. Sudah menjadi kebiasaan nya setiap pagi ibu muda itu memang selalu meninggalkan anaknya bermain sendirian di kama… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan