Kejuaraan Liga Pro Piala Frenz 2012


Kejuaraan Liga Pro Piala Frenz yang dilancarkan di Kelab Bola Sepak Frenz United (Akademi Bola Sepak Frenz), Janda Baik, mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pertandingan Bawah 14 tahun paling mahal pernah ditawarkan dalam sejarah bola sepak negara iaitu sebanyak RM100,000.

Bakal bermula pada 4 Mei sehingga 29 Jun ini, kejohanan tersebut telah menarik perhatian sebanyak 16 pasukan yang terdiri sekolah sukan, sekolah kerajaan dan swasta serta kelab persendirian. Tujuan utama penganjuran pertandingan seperti itu adalah untuk memberi ruang kepada pemain remaja bersaing sesama mereka dan melahirkan lebih ramai pemain berbakat yang berkaliber.

Piala Frenz adalah sebagai salah satu platform untuk menguji kemampuan pemain muda di peringkat kebangsaan di samping menyahut seruan kerajaan dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam membangunkan bakat pemain di peringkat akar umbi. Bagi perancangan jangka panjang, penyertaan kepada pasukan jiran rantau ini selain kelab dari Eropah akan dibuka.

Penganjuran kejohanan yang dilakukan oleh Frenz United itu ternyata mendapat pujian daripada Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang berkata ia kali pertama sebuah akademi persendirian swasta mengambil inisiatif sedemikian.

Berikut merupakan undian pasukan yang telah dibahagikan kepada empat kumpulan :
 
Kumpulan A
1.Sek. Men. Keb. Seri Tanjung, Tanjung Karang
2.SMK Tinggi Kajang
3.Kuala Lumpur Youth Soccer (KLYS)
4.SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban
 
Kumpulan B
1.Penang Free School
2.Akademi Bola Sepak Majlis Bandaraya Petalig Jaya (MBPJ)
3.Akademi Bola Sepak Permodalan Negeri Selangor (PNSB)
4.Mont Kiara Football Club MKFC)
 
Kumpulan C
1.Sek. Men. Projek Sesyen 11, Shah Alam
2.SMK Victoria Kuala Lumpur
3.Frenz United Football Academy B
4.CIMB-Youth Football Academy (YFA)-KLFA
 
Kumpulan D
1.Kelab Bola Sepak Pendamai Putra
2.SMK Anderson, Ipoh
3.Frenz United Football Academy A
4.SMK Meru

Related Posts:

  • Keputusan Final Piala FA 2016 Johor Darul Ta'zim memenangi perlawanan bola sepak Superbest Power Piala FA 2016 dengan menewaskan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dengan jaringan 2 berbalas 1, di Stadium Shah Alam, Selangor. JDT  2&nb… Read More
  • Gambar x-ray peha Safiq Rahim - kapten JDT Gambar di atas adalah gambar sinaran X bagi kecederaan peha Kapten Kelab Bola Sepak JDT. Dalam istilah perubatan zaman moden ini, kedeceraan ini dikenali sebagai Haemotoma. Semoga Safiq Rahim segera pulih dan dapat memban… Read More
  • Keputusan Piala Malaysia 4 Julai 2017 Keputusan terkini Piala Malaysia, 04/07/2017 KEPUTUSAN PENUH Felda United 0 - 0 Kuala Lumpur  Johor DT 4 - 0 Sarawak FA  Kedah 2 - 0 Melaka United  Kelantan 3 - 1 UiTM Pahang … Read More
  • Liga Super Malaysia : 01/07/2017 Keputusan penuh bagi enam perlawanan Liga Super yang berlangsung pada 1 Julai 2017. Felda United 2 - 1 Pahang Johor DT 2 - 0 Pulau Pinang Kedah 2 -3 Perak Kelantan 0 - 2 Sarawak PKNS FC 1 - 1 Melaka United Selango… Read More
  • Piala Malaysia 7 Julai 2017 Sebanyak lima perlawanan berlangsung pada malam ini bagi Perlawanan Piala Malaysia : KEPUTUSAN PENUH Kuala Lumpur 0 - 3 Perak  (telah tamat kerana bermula petang) Negeri Sembilan 3 - 3 T-Team PKNP… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan