Destinasi Pelancongan : Gunung Jerai


Assalamualaikum...

Dah lama saya tak "melancong" ke Gunung Jerai.  Adalah dalam lebih 10 tahun rasanya.  Pasti kini terdapat perubahan yang ketara terutamanya dari segi kemudahan awam bagi pelancong yang inginkan suasana alam yang mendamaikan. Sambil mata menikmati keindahan alam semula jadi, pendengaran anda akan dijamu pelbagai bunyi unggas dan serangga hutan serta kicauan merdu burung-burung yang hidup bebas di hutan rimba.

Gunung Jerai di daerah Yan, Kedah adalah gunung tertinggi di utara Semenanjung. Di puncak gunung itu pelbagai kemudahan disediakan oleh Kedah Resort Sdn Bhd, termasuk 30 unit chalet dan bilik penginapan dengan bayaran antara RM40 dan RM110 semalam (tertakluk pada perubahan semasa).

Persekitaran kawasan chalet seluas kira-kira empat hektar itu dihiasi dengan landskap menarik dan diserikan pelbagai bunga berwarna warni, manakala mereka yang gemar mandi air terjun pula boleh menikmati kedinginan anak sungai yang melimpah dari puncak gunung itu.

Chalet yang diperbuat daripada kayu dengan reka bentuk kolonial pernah dijadikan rumah rehat ketika pemerintahan British dulu, kini menjadi tarikan bagi mereka yang meminati seni bina berkenaan. Pengunjung dapat berehat menenangkan fikiran sambil menghirup udara gunung yang tidak tercemar sambil melihat keindahan kawasan sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang dari aras yang tinggi itu ketika cuaca cerah dan tidak berawan, pengunjung yang bangun awal berpeluang menikmati keindahan pagi apabila sang suria menampakkan wajahnya, manakala pada waktu senja pula, pandangan pastinya tertumpu di ufuk barat untuk melihat mentari terbenam.  Selain itu, bagi pengunjung yang gemarkan aktiviti lasak, mereka boleh meredah hutan melalui denai yang ada sambil menikmati keindahan dan keunikan flora dan fauna hutan tropika di tanah tinggi itu.

Pelbagai jenis bunga yang menarik dan mempersonakan yang tumbuh bebas di sekitar kawasan pergunungan.  Antara bunga yang kerap menjadi daya tarikan pengunjung di situ ialah bunga kembang tiga bulan yang warnanya bertukar setiap bulan iaitu putih, unggu dan kemerah-merahan.  Bunga kembang tiga bulan hanya terdapat di Gunung Jerai dan inilah keistimewaan pusat peranginan ini.  Bunga ini tahan lama dan berkembang selama tiga bulan, dipercayai bunga paling lama berkembang jika dibandingkan dengan bunga ros dan lain-lain dalam spesiesnya.  Jika ditanam di tempat lain ia tidak menjadi dan jika hidup pun ia tidak akan subur dan cepat mati, tidak seperti di habitat asalnya di sini yang bunganya boleh mekar selama tiga bulan.

Bagi pengunjung yang datang secara berkumpulan termasuk untuk mengadakan hari keluarga, beberapa kemudahan disediakan di situ termasuk dewan seminar dan aktiviti bersukan seperti badminton, bola tampar dan takraw.    

Pengunjung boleh naik ke gunung itu menggunakan kenderaan sendiri dengan melalui jalan berliku-liku sejauh 12 km dari kaki gunung.  Sekiranya tidak mahu memandu kenderaan sendiri, pengunjung boleh menaiki van dari kaki gunung itu dengan dikenakan bayaran tertentu.

Previous Post
Next Post
Related Posts

2 Maklumbalas:

Alieza Dayasari said...

Honestly rasa nak pergi.... ermmmm... jalan2... mmg best.

*memang awk guna ea word apa tu. sblm publish comment sy kena taip huruf2

Nurul Husna Mohd Hassan said...

murahnya chalet, permandangan pun cantik. rasa nak pergi tapi jauh ='(

Promosi

Babab.net