Kelab divisyen satu Liga Portugal pikat Nazmi Faiz Mansor


Pemain muda negara, Nazmi Faiz Mansor yang terpilih menjalani ujian pemilihan selama seminggu bersama kelab divisyen satu Liga Portugal, SC Beira-Mar tidak mahu mengulangi episod sama seperti pernah dilalui beberapa pemain negara sebelum ini.

Walaupun mungkin ramai yang tidak mengenali kelab berkenaan berbanding liga di negara ternama yang lain, namun Nazmi tetap beranggapan peluang pemilihan seminggu yang bermula pada 13 hingga 21 Mei itu satu perkhabaran gembira buat dirinya untuk terus mengembangkan bakat dalam bola sepak.

Apa yang lebih menarik dengan tawaran daripada kelab yang pernah dibintangi legenda Portugal, Eusebio da Silva Ferreira itu dibuat secara ‘merit’ selepas prestasi agen melihat aksi cemerlang Nazmi ketika beraksi dalam saingan Liga Singapura. 

Mengikut prestasi semasa, kelab yang digelar dengan panggilan Auri Negros itu kini menduduki tangga ke 12 daripada 16 pasukan dalam saingan liga utama Portugal. 
Sementara itu, jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee, berkata di Portugal tidak ada syarat ketat seperti ditetapkan di saingan Liga Inggeris. 

“Di Portugal, mereka benarkan pemain yang mereka fikir layak bermain. Jawapan mengenai keputusan pemilihan itu akan dapat diketahui dalam masa seminggu dan kelab berkenaan akan maklumkan kepada kita apa keputusan mereka,” katanya.  -  sumber :  Berita Harian

Related Posts:

  • Keputusan Bola Sepak Liga FAM 6 April 2014 Berikut merupakan keputusan bagi enam perlawanan bola sepak Liga FAM yang berlangsung pada 6 April 2014. Sebanyak empat perlawanan berlangsung pada siang hari iaitu pada pukul 4.45 petang. Manakala dua perlawanan yang lai… Read More
  • Keputusan Liga Super Malaysia : 4 April 2014 Berikut merupakan keputusan perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia, 4 April 2014 yang melibatkan 2 perlawanan sahaja iaitu antara pasukan PKNS FC bertemu Johor DT dan Sarawak menentang Terengganu. KEPUTUSAN AKHIR … Read More
  • Keputusan Liga Super Malaysia : 5 April 2014   Berikut merupakan keputusan perlawanan bola sepak Liga super Malaysia, 5 April 2014 yang melibatkan empat perlawanan iaitu antara pasukan Sime Darby bertemu Lion XII, Kelantan menentang ATM, Perak melayan kunjung… Read More
  • Ultras Taming Sari Bersalawat Pada 30 Mac 2014, semasa perlawanan Liga FAM antara Melaka United dengan Persatuan Bolasepak Melayu Kedah di Stadium Hang Jebat, Ultras Taming Sari iaitu pergerakkan Ultras dari Melaka telah membuat kelainan dalam cara m… Read More
  • Perlawanan Bola Sepak AFC Cup : Ninh Binh - Kelantan 2 April 2014 Kumpulan G Ninh Binh (Vietnam) - Kelantan (Malaysia) 2 April 2014 8.45 malam - KEPUTUSAN AKHIR -  Ninh Binh 4 - 0 Kelantan Klik pautan di bawah untuk membeli jersi : BolaStore.com - Jersi Bolasepak Mal… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan