Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011

  
 TERENGGANU   1   |  2   Negeri SEMBILAN

 Assalamualaikum...

Walaupun pelbagai pihak "bising-bising" dengan ketidakpuasan hati berkenaan harga tiket yang dinaikkan oleh FAM sehinggakan laman web FAM telah digodam dengan logo asalnya diletakkan gambar babi dan nama penuhnya ditukar kepada "Tuan BolaSepak Malaysia, namun dilihat peminat dan penyokong bola sepak Malaysia khasnya yang menyokong Negeri Sembilan dan Terengganu masih kelihatan ramai memenuhi Stadium Shah Alam yang juga menjadi perbualan dikalangan pemerhati sukan dan peminat lantaran kualiti padang yang dikatakan kurang baik untuk perlawanan akhir Piala Malaysia.

Permulaan permainan memperlihatkan pertahanan Terengganu "bocor" di sana-sini dan Negeri Sembilan hampir-hampir dapat memanfaatkan kesilapan pertahanan Terengganu dengan peluang di awal 10 minit pertama.  Tiada jaringan dihasilkan kedua-dua pasukan di separuh masa pertama.

Terengganu mula menyerlahkan keyakinan dengan corak permainan pantas dan meyakinkan pada separuh masa kedua dengan menyerang kubu Negeri Sembilan di setiap pelusuk kawasan dan berjaya mendapatkan gol pertama melalui Mohd Ashaari Shamsuddin pada minit ke 59.

Atas kesilapan dan kealpaan penjaga gol Terengganu iaitu Mohd Sharbinee Allawee Ramli yang gagal menangkap bola yang melantun di hadapannya hasil dari pada sepakan jauh pemain Negeri Sembilan iaitu Kunanlan Subramaniam, pasukan Negeri Sembilan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 81.

Pada minit ke 85, penyerang pasukan Negeri Sembilan kelahiran Terengganu iaitu Hairuddin Omar menjadi "duri dalam daging" pada skuad "peteh Terengganu peteh" dengan berjaya mendapatkan gol kemenangan hasil dari sepakan "gunting" dicelahan pemain Terengganu dan bola tersebut terkena tiang sebelah kiri gawang Terengganu lalu terus menerjah jaring gol. Dan kegembiraan Hairuddin Omar berganda apabila beliau dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan Piala Malaysia edisi ke 33, 2011 ini.




**p/s :  pada pemerhatian saya, budaya penggunaan pancaran "laser hijau" masih lagi ada di kalangan penonton.  Mercun dan "bom asap" juga "memeriahkan" perlawanan akhir Piala Malaysia kali ini...
Previous Post
Next Post
Related Posts

Promosi

Babab.net