Jawatan kosong di Malaysia


Assalamualaikum....

Dengan ikhlas saya katakan, saya amat terkesan dengan gambar ini.  Janganlah anda menganggap ianya satu jenaka sebaliknya sebagai peringatan yang sangat bagus untuk "kehidupan selepas mati".

Kita seringkali terlalu leka dan sibuk mencari "kerja kosong" bagi memenuhi tuntutan hidup di dunia sedangkan kerja kosong bagi menyediakan diri di alam kehidupan selepas mati nanti seringkali diabaikan dan diambil ringan.

Jika kita mengambil dunia, kita hanya mendapat dunia semata-mata, namun Allah SWT telah berjanji bahawasanya jika hambaNya mengambil akhirat, maka akan dapat kedua-duanya iaitu dunia serta akhirat.

Dan ingatlah wahai saudara seagama ku......

Apabila bangun tidur, tanya kepada diri sendiri :

“Kenapa ALLAH masih hidupkan aku pada hari ini?”

Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali :

“Kerana dosaku terlalu banyak. ALLAH masih izinkan (beri masa) aku untuk bertaubat.”


"Ya Allah... ampunilah dosa ku... berikanlah aku kekuatan dan ketetapan hati untuk 
aku menyempurnakan diri ku sebagai seorang muslim yang layak ke syurgaMu...."

Related Posts:

  • TV3 mohon maaf - iklan merosakkan kesucian Islam Akhirnya setelah bertimbun-timbun kritikan dan kutukan yang diterima pihak TV3 atas keprihatinan masyarakat berkenaan iklan lebaran yang mengandungi unsur-unsur yang bercampur aduk dengan imej agama lain pada perayaan suci u… Read More
  • Sifat ehsan terhadap makhluk Allah S.W.T Assalamualaikum... Sudah lama saya simpan gambar ini.  Baru kini tergerak fikiran dan jari jemari ini untuk menerbitkan artikel mengenainya... Terharu dan tersentuh sanubari saya melihat gambar ini yang menunjukkan se… Read More
  • Haiwan semakin bijak, manusia semakin bodoh Chimpanzi yang diberi nama "Kanzi" sedang berinteraksi dengan salah seorang pengajarnya(video mengenai haiwan ini ada di akhir artikel) Assalamualaikum... Sesetengah haiwan sememangnya memiliki tahap kecerdasan otak y… Read More
  • Boleh pandang-pandang, Tenung lama-lama...Assalamualaikum... Sila tenung lama-lama pada gambar di atas. Apa yang akan anda nampak...?  Inilah yang dipanggil ilusi mata... Begitulah juganya dalam kehidupan ini.  Kita sering ditipu dan tertipu dengan apa ya… Read More
  • Kenapa manusia dilarang merokok? Assalamualaikum... Merokok membahayakan kesihatan diri sendiri dan orang lain.  Dari segi agama pula ianya haram kerana menyumbang pada kehancuran kesihatan yang berperingkat-peringkat, laksana bubuh racun sikit-sikit … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan